Monday, December 9, 2013

ABADIKAN KENANGAN DALAM PENULISAN

Assalamualaikum semua..


"KERANA DIA MAMAKU" khas admin ukirkannya untuk bonda tercinta..Adik Nadia Rawi beria-ria suruh buat sajak tentang ayah, bukan tak nak tulis, tapi kena ambil masa sikit, sebab sebarang penulisan yang nak dibuat mesti dekat dengan penulis, contohnya melalui pengalaman penulis itu sendiri, melalui pemerhatian sekeliling, melalui pengalaman orang lain, melalui pembacaan dan kajian serta macam-macam lagilah. Sebab itu bagi admin kalau nak menulis tentang sesuatu perkara, kita mesti masuk ke dalam dunia tersebut, agak susah juga untuk menulis dalam dunia orang lain, sedangkan kita di dunia lain. Tulis semua orang boleh buat, tapi keakraban nilai yang kita nak tonjolkan itu, adakah pembaca akan merasakan apa yang kita rasa pada ketika itu.

Ok, berbalik pada tadi, sebenarnya admin melalui pelbagai pengalaman hidup bersama ibu, susah senang, masa sedih gembira, jatuh bangun hidup bersama ibu, ini kerana ayah admin meninggal 17 tahun yang lalu, di situ bermulanya kisah sebenar hidup kami sekeluarga.. Saat itulah admin kenal apa itu nilai pengorbanan seorang ibu, nilai kasih sayang seorang ibu, soal kemiskinan, tanggungjawab, dan prihatin. Bukan senang nak membesarkan anak-anak yang masih kecil dengan satu tangan, semua tugas diambil alih oleh mak pada masa itu. bayangkan bagaimana seorang wanita yang tidak pernah bekerja, tidak pernah kehilangan suami, akhirnya sendirian membesarkan anak-anak. Saat itu masih terbayang sampai ke hari ini bagi admin. Adab dunia bila senang disanjung, bila susah di buang. Kisah perjalanan hidup yang penuh dengan liku-liku pahit, dan admin sahut itu sebagai satu ujian untuk keluarga admin.

 Admin berkenala di Kuala Lumpur sejak usia 17 tahun, lepas SPM terus ke Kuala Lumpur, dengan membawa harapan mak, dengan harapan dapat bantu keluarga, maklumlah anak sulung lelaki, selepas kematian abah, semua tugas di pikul oleh admin. bayangkan masa sampai di Kuala Lumpur, admin tak ada sesiapa pun, bawa nasib diri ke rantau orang, masa berjalan sambil menangis, kerja sambil menangis, demam pun menangis, bukan sebab manja atau lembut, tapi mengenangkan nasib keluarga yang susah. Selepas 6 bulan di Kuala Lumpur keputusan SPM keluar, result nak kata ok pun tak jugak, nak kata tak ok pun tak jugak, dapat 2A. Selepas itu, mak suruh sambung belajar di tingkatan 6, ikutkan hati memang tak nak, nak kerja, nak tolong mak yang menoreh getah orang, tapi mak beria-ria suruh sambung belajar, katanya "ma nak tengok salah seorang anak ma jejak kaki di universiti sebelum ma tutup mata", dan saat itu admin pikul kata-kata mak untuk tunaikan hasratnya. Alhamdulillah selepas STPM, admin dapat result yang boleh dikatakan berjaya, dapat pula pelajar terbaik lelaki. Masa itu orang yang tersangat gembira adalah mak, admin rasa tak ada saat paling manis admin berikan pada mak selain daripada keputusan yang agak cemerlang. Perasaan masa itu, separuh daripada harapan mak admin dah dapat tunaikan. Sebelum keputusan STPM keluar, kali kedua admin merantau ke Kuala Lumpur dan bekerja. Lepas itu ,dapat sambung belajar di Universiti Putra Malaysia di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Sekarang admin telahpun tunaikan hasrat mak selama ini, bukan main bangga lagi mak dapat masuk ke Dewan Konvokesyen, masa tu semua berkumpul, kakak-kakak, adik-adik..

 Bangga dapat tunaikan hasrat mak sebelum mak pergi. Sebenarnya, kakak-kakak semua dapat sambung belajar, tapi di sebabkan kekangan hidup dan kewangan, kakak semua tak sambung, semuanya cari haluan masing-masing.  Terima kasih kepada kakak-kakak yang spoting, ( ustazah Halismaini Binti Ismail, Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Halismariza Binti Ismail, dan Sarjan Haluarizani Binti Ismail) untuk adik, kakak sanggup korbankan masa depan. Mak selalu pesan, "kita tak ada harta, harta yang arwah abah tinggal hanya adik beradik, jadi jagalah hubungan adik beradik jangan sampai putus walaupun ma dah tak ada". Jadi dalam dunia saya, harta saya, adalah adik beradik saya, saya bangga memiliki harta tersebut, dan sampai bila-bilapun harta saya itu tidak akan muflis selagi kami bersatu.

Lebih separuh dari kehidupan saya bersama mak, jadi tak hairanlah saya dapat ukirkan coretan-coretan menarik tentang ibu..Bukan saya nak menafikan pengorbanan abah saya dulu, sepanjang hayat arwah abah, saya digelar anak abah..memang baik sangat dengan arwah tapi jodoh saya bersamanya hanya 8 tahun. Dan saya akan buat satu kenangan untuk abah saya nanti, bila sampai waktunya..Kenangan abang bersama abah tak akan luput dalam ingatan sampai bila-bila.

wasalam by
-tok uban-
9 Disember 2013

2 comments:

  1. Ni Nadia Rawi ea..maaf,tak tau cite si abang ea. Cerita ni sedih. Rasa nak nangis. Kalau si abang ni anak lelaki sulung, si adik ni anak sulung kepada 10 orang adik- beradik. Alhamdulillah. Umi dan Aboh masih ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..yeke??Alhamdulillah kedua orang tua masih ada..jago baik-baik dess..

      Delete