Malam ni saya nak kongsikan sedikit tentang kerja yang saya dapat, mungkin rezeki juga agaknya, tapi dalam hidup ini tidak ada istilah "kebetulan". Berjaya, gagal, sedih, gembira semuanya ketentuaan Allah s.w.t, sudah tertulis jalan hidup kita, Tidak ada kebetulan dalam kehidupan, Allah telah merencanakan kehidupan kita dan itulah yang terbaik untuk kita.
ok, balik kepada kerja tadi, sebenarnya saya ada dapat tiga tugasan daripada seseorang, yang pertama wawancara, kedua skrip drama tv dan yang ketiga dokumentari. Wahhh!! bunyi macam best je, macam menarik je, macam sengal je..hahahaha..ini bukanlah tugasan dari stesen penyiaran, hanya sekadar tugasan orang yang minta tolong untuk disiapkan. Orang kata sambil meyelam minum air, macam ni la saya, sambil buat untuk orang, sambil-sambil belajar, mana lah tahu kot-kot depan hari boleh jadi penulis skrip ke..amin..semoga Allah s.w.t merahmati doa ini..Dengar-dengar nak bayar Rm7 satu page..hmmm..ok la kan, dapat 10page satu tugasan dah Rm70.. bukannya susah pun kan..hehehe, macam poyo je..belajar ni mesti berguru, so saya mintak tolong MF KENCANA tunjuk ajar..Harap-harap beliau boleh tolong lah yer..
Menulis sebenarnya terapi minda, ada orang menulis sebab nak lepaskan perasaan, ada orang menulis sebab suka-suka, ada orang menulis sebab di minat menulis, ada juga orang menulis sebab nak nama, macam-macam lagilah..jom saya nak kongsikan sikit tentang penulisan sajak, saya ni bukan banyak ilmu pun nak ajar orang, tapi ada la sikit-sikit, semasa belajar di UPM, saya berguru dengan Dr Lim Swee Tin, beliau banyak jugalah ajar macam mana nak tulis sajak, cerpen dan novel.
mesti pening kan mula-mula nak menulis, tajuk, isi, dan penutup. bab tajuk pun dah pening, nak letak tajuk apa la kan..sebenarnya semua ni ikut seseorang, ada orang buat sajak dulu baru buat tajuk, ada orang buat tajuk dulu baru buat sajak, tapi bagi saya lebih senang buat sajak dulu, kemudian baru fikir tajuk yang sesuai.
dalam penulisan sajak ayat tak perlu meleret, tapi biar terang. ok maksudnya ayat yang simple tapi ada isi, susunan bahasa yang menarik, bila audien baca mereka akan dapat tangkap apa yang nak disampaikan dalam sajak kita. ramai penulis sekarang suka buat sajak tapi ramai audien yang tak faham, banyak bunga bahasa, lengok bahasa, dan rosakklah bahasa.hehehehe..zaman sekarang karya akan jadi lebih mahal bila orang baca, orang tidak akan faham, pelbagai tafsiran. banyak tafsiran lagilah mahal karya tersebut. ok sebenarnya menulis untuk kita atau untuk masyarakat? kalau untuk masyarakat rasanya tak perlu kot menimbulkan pelbagai tafsiran, menulis untuk sampaikan ilmu atau menulis untuk diri sendiri?
Siapakah
memetik
mawar
kuntuman
bunga,
tiada
ia di laman
sekian
lama ku tanam
sekian
lama ku siram
penuh
harapan ku simpan
penuh
kasih ku genggam
ia
pada taman larangan.
Siapakah
gerangan?
mencuri
mawar
ku
sayang,
sekian
lama ku siram kasih
sekian lama ku curah sayang
mekar
di halaman
kembang
kelopaknya
harum
wanginya
merah
warnanya
ku
simpan ia di taman
lalu
di curi orang.
Siapakah
gerangan jantan?
*ni bukan sajak terbaik, ia merupakan sebagai contoh sahaja..sajak ini saya tulis apabila baca tentang kes peningkatan remaja lari dari rumah ikut teman lelaki.. sajak ni juga terbit di Tunas Cipta. telah saya katakan ia bukan yang terbaik, tapi lebih kurang macam ni la..
No comments:
Post a Comment