Friday, July 26, 2013

SERIBU SATU RAHSIA

Assalamualaikum blogger dan salam ramadhan kepada semua pembaca..Terima kasih kerana masih lagi mengikuti perkembangan blog yang tak seberapa ini...(adussss sayamm)hahahha..entry kali ini admin nak kongsikan kisah cerita pelik-pelik yang pernah admin lalui yang mungkin anda tidak pernah ataupun pernah laluinya..Bukan cerita hantu atau cerita yang menyeramkan.

1. admin pernah lihat cempelai (bokbom) berkelahi dengan ular tedung 
2. admin juga pernah lihat ular liar mengawan
3. admin pernah lihat ular mati beragam (mati tua)
4. admin pernah lihat pokok  tembikai mengeluarkan buah tembikai jadi batu (semuanya jadi batu), dan tangan ini sendiri yang memetiknya. (dikaki gua)
5. admin pernah lihat kacang tanah yang jadi batu, dalam segugus kacang tanah ada satu yang jadi batu.
6. admin pernah lihat kucing berkelahi dengan ular tedung

kalau anda semua nak tahu, kisah cempelai dengan ular tedung berkelahi, satu dalam sejuta orang dapat tengok. Sebab ianya jarang-jarang berlaku, kalau berlakupun bukan dihadapan orang dan tak mungkin didepan orang. Tapi kenapa depan admin boleh terjadi benda ni? jawapannya entah laa..kalau mengikut cerita orang tua, kalau salah seekor binatang ni menang, dan seekornya mati, binatang yang menang akan pergi cari ubat. (akar kayu). kalau kita dapat akar kayu tu, ianya sangat mujarab untuk dijadikan ubat, sama seperti kambing gurun. Kambing gurun mempunyai khasiat ubatan yang cukup mujarab, sebab binatang ini memakan 100 lebih jenis tumbuhan ubatan, sehingga binatang ini juga dijadikan ubat. Kalau ular mengawan, biasanya air maninya dijadikan pelaris untuk masuk ke hutan, kata orang tua, binatang buas tak kan datang dekat. Tentang ular mati beragam tak ada yang istimewa, cuma ianya jarang kita jumpa. Sama juga dengan buah yang jadi batu, tapi ada sesetengah anggap buah ini dapat menyembuhkan penyakit batu karang.

p/s: kisah-kisah ini admin laluinya sendiri, masa kecik-kecik dulu tapi bila dah besar ni tak ada pulak. Banyak juga kepercayaan orang tua-tua berhubung dengan peristiwa-peristiwa diatas. Kalau masih punyai datuk atau nenek cubalah tanya, biasanya orang tua sangat arif dengan benda sebegini, bukan untuk percaya,sekadar pengetahuan, tapi kadang-kadang ada betulnya juga.

No comments:

Post a Comment