Assalamualaikum semua..
lama sudah gamaknya bercuti menulis blog ni, mintak maaf yer, sibuk sikit..hehehe(poyo je ayat kan),semalam tersangatlah boring lepas tu bukak youtube dengar ceramah. dapat la sepotong ayat yang telah saya ubah, ayatnya "apa yang anda miliki sekarang adalah untuk saat ini dan saat yang lepas, saat yang akan datang belum tentu ianya milik anda".ok itulah ayatnya setelah melalui proses penggubahan. Ayat ini boleh bersangkut paut mengenai seluruh kehidupan kita, samaada semasa belajar,selepas belajar,semasa bekerja,atau selepas bekerja,ataupun semasa kecil ataupun sudah dewasa. jika anda membaca ayat tersebut apa yang anda faham? mungkin masa, mungkin juga untuk seseorang, ataupun mungkin ada yang lain-lain lagi kan, itu mengikut kefahaman dan tanggapan individu, kita mempunyai kefahaman yang berbeza mengikut pemikiran seseorang. Namun bagi saya, detik masa yang masih tertinggal ini gunalah ia sebalik-baiknya. masa tidak mungkin menunggu kita, sebaliknya kita yang selalu mengejar masa. itulah pentingnya masa, ada orang yang mengabaikan masanya dengan benda-benda yang tidak memberi erti pun kepada kehidupan dirinya, malah merosakkan dirinya dengan masa yang ada. wahai perasaan aku layarkan kau ke lautan impian...
No comments:
Post a Comment