Assalamualaikum buat teman-teman blogger..sebelum terlambat admin
mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam diseluruh
dunia,khusunya di Malaysia. Saban tahun tiap kali menjelangnya
Aidilfitri, pasti banyak kisah-kisah sedih, sama ada disebabkan
kemalangan, penyakit, dan sebagainya. Semalam admin kehilangan tiga
orang sahabat akibat nahas jalan raya yang membabitkan sebuah kereta
kancil dan sebuah pacuan empat roda dilebuhraya Tanah Merah-Pasir Mas.
Akibat kemalangan itu, tiga orang kawan admin pergi mengadap ilahi dan
dua orang dirawat di unit rawatan rapi (icu). Ya Allah sungguh memilukan
trajedi ini. Salah seorangnya meninggal di tempat kejadian manakala dua
lagi meninggal dihospital keesokan harinya. mohon saudara blogger
menyedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang dijemput mengadap tuhan, dan
bagi dua orang lagi sahabat yang sedang dirawat, iringilah mereka dengan
kalungan doa, walaupun tidak kenal antara satu sama lain, sedekahkan
sebagai tanda takziah, sesungguhnya kita semua bersaudara, dan bagi yang
bukan Islam, doakan kesihatan mereka, sebagai tanda prihatinnya rakyat
malaysia khusunya sebagai manusia. Arwah Asif Ahmad, Arwah Azizul yusof,
dan Arwah Hazrin Ahmad. Dua lagi adalah Sarji Zuki dan Fadhil Che Ya.
Sarji dikhabarkan sudah stabil, manakala Fadhil masih lagi tidak
sedarkan diri, selepas dibedah semalam. Dikhabarkan juga Arwah Asif
dikebumikan ditanah perkuburan Islam Kampung Tok Uban, Arwah Azizul
disemadikan ditanah perkuburan Islam Bujuk dan Hazrin 'disimpan' ditanah
perkuburan Islam kg Kubang Batu. Salam takziah dari jauh admin kirimkan
kepada keluarga mangsa. Buat Nur Amalina yusof, tabahkan hati menerima
permergian adik tercinta azizul, buat Siti Farhah Che Ya dan abangnya
Faiz sabarlah menerima dugaan ini, dan kepada Mohd Zarir Zuki,
Isya-ALLAH Sarji akan kembali sihat. Sama-sama kita doakan kesihatan
mereka berdua. Kepada Amin Ahmad abang kepada Arwah Asif, kuatkan hati.
Isya- ALLAH mereka akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang
beriman.Amin!!. Sebelum terlambat juga admin nak kirimkan salam takziah
kepada kelurga Bustaman Ali. Walaupun dalam youtube ramai kolompok
masyarakat menghentam anda, tapi bagi saya anda seorang yang baik, saya
kenal anda lebih dari orang-orang yang menghentam anda dalam youtube.
Walaupun anda pergi dalam keadaan yang menyayatkan, namun masih ada
kasih sayang Allah kepada anda. Isya-ALLAH..lalu admin teringatkan
kata-kata arwah petang sabtu itu "anak-anak zaman sekarang, bila dah
besar mak ayah sendiri pun nak hentam". dan tengahari ahad anda telahpun
pergi. Rasa macam mimpi jumpa dengan anda..
*kalungkan Al-fatihah untuk kawan-kawan admin yang telah pergi mengadap Allah s.w.t
Mohd Asif Ahmad
Mohd Azizul Afizan yusof
Mohd Hazril Ahmad
Bustaman Ali
Mohd Hanan Abdul Rahman
Nur Syahida
Nurul Akma
No comments:
Post a Comment