Thursday, July 25, 2013

ISLAM ITU INDAH BY TOK UBAN

Assalamualaikum blogger dan pembaca yang sentiasa mengikuti entry admin..
 kalau tak salah admin, malam ini merupakan malam pertengahan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak, semoga penghulu segala bulan ini dapat memberikan kita semua ruang dan peluang untuk mencipta kehidupan baharu, cahaya baharu, bertambah keimanan dan keinsafan dalam diri, dan sentiasa tawaduk berserah kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya dunia hanya persinggahan, sementara menunggu datangnya tempat tinggal yang kekal abadi. Semoga ramadhan kali ini memberikan sejuta penginsafan kepada admin dan anda semua. Amin!!

"JANGAN SOMBONG APABILA ANDA SEDANG BERADA DIPUNCAK, LANTAS ANDA MEMANGDANG ORANG DIBAWAH KECIL SAHAJA, WALHAL ANDA TERTIPU, SEBENARNYA ORANG DIBAWAH JUGA NAMPAK ANDA SANGAT KECIL" kalaupun anda sombong dengan apa yang anda ada sekarang, ingatlah satu lagi petikan ayat dari admin " APA YANG ANDA MILIK SEKARANG ADALAH UNTUK SAAT INI DAN SAAT YANG TELAH LEPAS, SAAT YANG AKAN DATANG BELUM TENTU IANYA MILIK ANDA"
ayat-ayat sebegini selalu admin simpan untuk peringatan diri sendiri dan untuk kawan-kawan admin yang sudi membaca tulisan admin. Semoga perkongsian kata-kata hikmah sebegini dapat memberi faedah kepada semua. Kawan-kawan yang budiman, anda boleh 'liked' Islam Itu Indah by Tok Uban melalui facebook..Disini admin cuba himpunkan kata-kata hikmah dari pelbagai genre, sama ada dari majalah, tokoh-tokoh bahasa, tokoh berpengaruh dan sebagainya, rasanya tidak salah untuk kita sama-sama kongsikan perkara yang berfaedah kepada umum. Kalau tidak keberatan, anda bolehlah melawatnya.

Segala kekurangan datang dari diri admin sendiri, dan segala kebaikan, kelebihan datang daripada Allah s.w.t, terus terang admin bagitahu, admin bukan datang dari latar belakang agama, admin hanya seorang manusia biasa yang pernah buat salah, belajarpun tidak tinggi, jadi kalau admin tersalah tulis, atau terkilaf percakapan, tolong sedarkan admin, dan tolong tegur. Kalaupun admin tidak mampu untuk menjadi orang berguna kepada bangsa dan negara, cukuplah sekadar admin menabur bakti kepada masyarakat, dan kalau admin ini tiada nilai dalam masyarakat, cukuplah admin berkorban untuk keluarga dan diri admin. Cuma admin nak pesan jangan menghukum seseorang atas kesalahan yang pernah dia buat, atau tengah buat. kalaupun betul perkara yang dibuat itu salah, doakan dia balik ke pangkal jalan, jangan terus menghentam, seolah-olah orang yang menghentam itu cukup sifat dan mulia disisi Allah s.w.t. Kehidupan ini penuh misteri, kadang-kadang benda yang kita tak jangka pun boleh berlaku, orang jahat boleh jadi baik, orang baik boleh jadi jahat. itulah nilai rahmat Allah kepada manusia, Allah boleh memberi dan mengambil sesuatu apa yang DIA inginkan. jadi sama-samalah kita rendah diri dan sentiasa bersyukur kerana anda masih lagi diberikan jalan yang lurus.

Wasalam

No comments:

Post a Comment