Sunday, July 28, 2013

CIKGU APA ITU SAYANG?


murid: cantik cikgu hari ni

cikgu: ye ke? ikhlas ke ni?

murid: ye..betul hari ni cikgu memang cantik.

cikgu: hari-hari lepas tak cantik lah ye?

murid: hari lepas pun cantik juga, tapi hari ni lagi cantik. cikgu nak tanya sikit boleh?

cikgu: apa dia?


murid: boleh cikgu terangkan saya apa itu  sayang?

cikgu: kecik-kecik dah pandai bersayang-sayang ye..hehehe..

murid: saja nak tahu..

cikgu: ok..ok.. mari cikgu bawak kamu pergi ke padang bola.

murid: nak buat apa?

cikgu: Laaa..kata nak tahu apa itu sayang kan..

murid: ok..jomlah

(mereka pergi bersama ke padang . . .)

cikgu: kamu nampak padang ni kan, kat padang ni ada rumput, ok.. kamu jalan kat atas padang tu, kamu cari rumput yang paling cantik, syaratnya kamu tidak boleh undur kebelakang jika kamu dah terlepas, kamu harus berjalan ke depan tanpa menoleh kebelakang sampailah ke hujung padang. kamu perlu memilih satu sahaja. kalau dah jumpa bawak ke sini cikgu nak tengok..boleh?

murid: boleh, saya pergi dulu ye..
(murid itu pun berlalu)

kelihatan murid itu berjalan sangat perlahan, membongkak ke bawah sambil anak matanya liar mencari rumput yang paling cantik, sampai ditengah padang murid itu pun terjumpa rumput yang dia berkenan, lalu diambilnya. Dia merenung lalu tersenyum, lalu dia bersorak kepada cikgunya, "cikgu saya dah jumpa". ketika itu dia sangat gembira.

"aku baru berjalan setengah padang, maknanya ada separuh lagi dihadapan yang aku tak lalui. Mungkin dihadapan nanti aku akan jumpa yang lebih cantik dan segar lagi daripada yang ini" fikir murid tersebut. lalu dia meletakkan kembali rumput tersebut di tempat asalnya dan meneruskan perjalanan. Sampai dipenghujung, dia tidak menemui apa-apa, lalu murid tersebut menuju semula ke arah cikgunya.

cikgu: mana rumputnya?

murid: tak jumpa cikgu

cikgu: haaa..tak jumpa? kat tengah padang tu bukan main banyak lagi rumput, boleh kamu tak jumpa ye..

murid: saya dah jumpa,tapi saya tinggalkan, sebab saya fikir dihadapan masih banyak lagi rumput yang cantik.

cikgu: anakku itulah makna sayang, apabila kamu jumpa dengan seseorang yang baik terhadap kamu, jujur, ikhlas dan sabar, janganlah kamu kecewakan dia serta tinggalkannya, dengan mengejar yang belum pasti. Sayanglah apa yang sudah ada, kerna dia adalah yang terbaik buat kamu.

                                                                 ****tamat****



Bolehkah embun berada disisi rumput?
sedangkan, embun kering
disinari mentari pagi.

Bolehkah embun mencintai rumput ?
sedangkan embun  hidup sementara dihujung rumput.
begitulah manusia dengan cinta
Tiada yang kekal
sampai masa baliklah ia
mengadap Yang Maha Esa.

cinta?
hanya tinggal kenangan

cinta?
hanya hati yang merasa

cinta?
merombak batas jarak dan masa.

Bolehkah embun menemani rumput
sedangkan ia hilang dikala mentari menjelma?
sebenar itulah agungnya ciptaan yang Maha Esa
embun  hidup di hujung rumput walaupun seketika
menggunakan waktu yang ada sebaik-baiknya
kerana pabila tiba masa
embun akan hilang tanpa diminta.

                                                                          tokuban
                                                                      28.julai.2013




No comments:

Post a Comment