pehhh..dah lama tak update blog ni..hari ni sempat pulak. rasanya masih tak terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat hari guru, buat guru-guru saya di Sekolah Rendah Kebangsaan Tok Uban, Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Uban, Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong, dan guru-guru di Universiti Putra Malaysia. terima kasih semuanya kerana mengajar saya tulis baca, mengajar saya bertatih dalam aksara bahasa..sehingga dapat mengukir nama sebagai seorang penyajak walaupun masih muda dalam bidang ini, namun sudah banyak pengalaman, dan perkongsian ilmu yang saya dapat. kalau nak cerita semua rasanya, tak larat nak menaip..hehehe
05.05.12- hari ulang tahun perkenalan aku dan rosmini abd rahman, perkenalan masuk yang ke 9 tahun. sekarang dah jadi tunang.:)
mendaki bukit broga, lupa tarikh bila..tapi yang penting baru je, minggu lepas..hahahah..memang sangat best, cantik sangat pemandangan kat atas.
nama Muhammad Afzan Ismail tiap-tiap bulan ada dalam Majalah Tunas Cipta (DBP), dari bulan 2 sampai lah bulan yang sekarang ni. carilah yerr..hahahah..
Insya-ALLAH saya akan menyediakan satu artikal dan rencana tentang budaya bersama Pensyarah, kumpulan puisi bersama..dalam perancangan..semoga ALLAH permudahkan urusan..
sekarang, tengah menyiapkan Final Project.. lebih kurang tesis lah.. tentang aspek masyarakat dalam sajak-sajak keluaran Berita Harian, Utusan Mingguan dan Majalah Dewan Sastera. memang sibuk sikit, tak tahu lagi akan sambung ke peringkat Master atau pun tak, tengah pikir lagi. tak sempat nak update blog..maaf yerr.. apa pun selamat maju jaya untuk semua..
peace no war!!!
No comments:
Post a Comment