Thursday, April 12, 2012

BETUL KE CINTA AKAN PUDAR MENGIKUT MASA? *bunga akan layu, pabila kan tiba waktunya


BUNGA AKAN LAYU, PABILA KAN TIBA WAKTUNYA
Hammm..perhubungan!
Jika ditanya soalan apa yang anda mahukan dalam sesuatu perhubungan?
Jawapannya mesti yang positif kan, semuanya nak kan sesuatu perhubungan atau ikatan berkekalan “sampai akhir hayat”, “berbahagia selama-lamanya”, hingga ke anak cucu, dan macam-macam lagi la kata-kata yang mendoakan agar sesuatu ikatan akan berlanjutan selamanya. Tidak dapat dinafikan fitrah manusia inginkan sesuatu yang terbaik, bagi manusia yang terbaik itulah yang membolehkan mereka bahagia selamanya. Tidak kiralah terbaik dari segi mana sekalipun, sama ada kewangan, fizikal, status, perhubungan dan banyak lagi. Tak perlu saya senaraikan sepenuhnya perkara-perkara@ benda yang  terbaik, kerana terbaik itu anda sendiri yang tentukan, anda sendiri yang nilai. Betul tak?
Kita lihat pada satu situasi fizikal, kita tengok pak we kawan kita tu tak ‘handsome’ , berbagai-bagai persepsi kita rungkai kan, macam-macam kritikan kita bentangkan, mengatakan pak we kawan kita tu memang tak ‘handsome’. Tapi itu semua hanyalah di mata kita, kita yang menilainya, bukan tuan punya badan yang menilai. Kalau di tanya kepada tuan punya badan semestinya pada matanya mengatakan  pak we nya cukup ‘handsome’ dan sepadan untuknya. Jadi konklusi nya di sini kebahagiaan atau apa perkara yang terbaik untuk seseorang individu bergantung kepadanya, dia sendiri yang boleh membuat keputusan dengan hujah dan bukti yang dia ada.

Sambung cerita pasal perhubungan tadi, jika ditanya pasangan yang sedang bercinta, adakah anda mahu berkahwin dengan pasangan anda, semestinya ‘jawapan pada masa itu’ ‘nak!’. Sebab apa nak berkahwin dengan pasangan anda? “Sebab saya cintakan dia sepenuh hati saya”, dia boleh membahagikan saya dengan cinta yang telah dia berikan, jawapan lelaki@ perempuan. Jelas di sini cinta merupakan agenda utama sebab mereka berkahwin.

Harus di ingat sahabat sekalian, ‘cinta akan pudar mengikut masa’, percayalah. Kalau berkahwin atas dasar cinta, saya percaya ikatan itu tidak mungkin akan kekal selama-lamanya. Sesuatu perkahwinan atau perhubungan haruslah didasari dengan  matlamat, apa yang anda mahukan dalam perkahwinan atau perhubungan, anda sendiri yang tentukan dalam perhubungan jika matlamat itu betul.

Buka saya katakan cinta itu tidak penting dalam sesuatu perhubungan, cinta juga penting untuk menimbulkan suasana berkasih sayang antara pasangan. Tapi, tapi cinta mesti wujud bersama-sama matlamat yang anda telah tunjangkan dalam perhubungan. Tanpa matlamat ibarat kapal tanpa pengemudi, akan hanyut begitu sahaja, sehinggalah ia hilang dari pandangan mata. Begitu juga cinta, rasa cinta dan sayang kepada perhubungan, haruslah di sertakan matlamat sebagai agen utama, dengan adanya matlamat dalam perhubungan, kita akan dapat menimbang baik buruk sesuatu perkara. Ibarat kapal dengan pengemudi, pengemudi merupakan alat pandu arah tuju kapal. Anda harus tahu apa matlamat berkahwin, bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata. Perkahwinan adalah satu perkongsian, seluruh aktiviti harian, dikongsi bersama, tidak kiralah susah ataupun senang. Kalau setakat berkahwin kerana rasa cinta, cinta kerana kecantikan ayu wajahnya, cinta kerana kekayaannya, cinta kerana statusnya , bagaimana jika suatu hari nanti pasangan anda sudah tidak cantik @ handsome, bagaimana jika suatu masa pasangan anda sudah papa kedana, bagaimana jika suatu ketika pasangan hilang statusnya? Adakah sudah tidak wujud rasa cinta dan sayang lagi? 

*BUNGA AKAN LAYU, PABILA KAN TIBA WAKTUNYA

No comments:

Post a Comment