Showing posts with label pesanan. Show all posts
Showing posts with label pesanan. Show all posts

Monday, November 14, 2011

IBU AYAH APA YANG BOLEH SAYA BANTU???


Apabila ibu dan ayah mengemukakan sesuatu permintaan yang mampu kita laksanakannya dengan kadar segera, maka segerakan permintaan mereka itu. Usah memberikan dan mencari alasan kerana itu boleh melukakan hati ibu bapa.
Jika ibu bapa memerlukan khidmat bakti kita sebagai anak perlu menyegerakan permintaan tersebut tanpa sebarang alasan dan penangguhan. Walaupun ketika kita sedang bersolat sunat sekalipun, wajib kita dahulukan panggilan ibu bapa. Rasulullah bertanyakan kepada sahabat ‘mahu kah kalian jika aku beritahu kepada kalian  dosa-dosa yang paling besar?’. Para sahabat menjawab ‘mahu wahai Rasulullah’. Baginda bersabda lagi yang bermaksud ‘menyekutukan Allah dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa’
Nabi bersabda lagi yang bermaksud ‘ apabila seorang anak yang soleh melihat ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang, Allah menuliskan baginya pahala haji mabrur’.
Rujukan: Solusi edisi 37


Dari meja penulis àBetapa besarnya ganjaran yang  ALLAH S.W.T berikan kepada  mereka yang berbakti kepada ibu bapa. Tuntas nya, ibu bapa haruslah didahulukan daripada perkara-perkara yang lain. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga anda semua agar sentiasa mematuhi, menghormati dan mengasihi mereka ketika mereka masing ada, dan bagi saya pula, saya hanya ada seorang ibu tua yang tidak pernah putus-putus berdoa akan kejayaan anak-anaknya, apalah salahnya kita juga doakan kesejahteraan mereka. Bapa pula telah dijemput mengadap Ilahi ketika usia kecil lagi. Bagi mereka yang mempunyai kedua-duanya, hormatilah, hargailah mereka itu.