untuk semesta ni pulak, suka duka tu memang ada. perasaan ni bercampur baul suka pun ada,sedih,letih,sakit hati, tapi yang penting tak bosan. pengalaman menjadi seorang mahasiswa cukup berharga sebenarnya. banyak benda yang kita tak tahu, lepas masuk universiti menjadi tahu. masih aku ingat lagi masa sekolah menengah, masa tu tingkatan enam. cikgu pesan tak payah ler bercinta di alam sekolah ni, nanti bila dah masuk universiti ramai lagi yang cun-cun. cari la jodoh di universiti. tu pesan cikgu. tapi bila dah masuk universiti pulak pensyarah cakap tak payah ler bercinta, awak semua tu masih muda, masih banyak yang awak kena belajar, belajar tu lebih penting dari bercinta. nak bercinta pun nanti lepas belajar. hammmm..tu pesan pensyarah. jadi, keputusan di tangan anda, nak bercinta kat sekolah ke kat universiti...hahahah
pengalaman mengambil subjek BBK3408 cukup-cukup bermakna bagi aku sebagai mahasiswa di fakulti bahasa moden dan komunikasi. subjek ini dibawah kendalian Dr Normaliza. BBK 3408 merupakan subjek multimedia. jadi semua pelajar yang mengambil kursus itu sudah semestinya belajar tentang selok belok multimedia. belajar dengan Dr Notts sebenarnya tersangat best, kerana kelas beliau tidak ada teori, kalau ada pun, sedikit sangat. semua berkaitan dengan kemahiran. jadi kami semua belajar membuat sesuatu, bukan sekadar belajar teori. Alhamdulillah sekarang ini aku dah pun pandai menggunakan serba sedikit ilmu berkaitan dengan multimedia, daripada dulu aku tak tahu dan sekarang menjadi tahu. kali pertama masuk ke kelas Dr Notts, aku rasa masa tersalah memilih kelas pulak..hahaha, sebab beliau tak macam pensyarah lain, beliau ni tegas.datang kelas lewat sikit, walaupun 5 minit dah tak boleh mauk ke kelas.hmmm..bayangkan lah!!hahahah.. tapi dalam ketegasan beliau, beliau sangat sempoi..relek je..beliau ni sebenarnya baik, tapi tegas. tu ja..
pertama kali masuk kelas kami kena cari kumpulan, jadi kumpulan aku ada 6 orang ahli, mekpa, mekya, nik, najla, adam, dan aku. kami namakan kumpulan kami G-FORCE PRODUCTION (korang cari la nama tu dalam youtube untuk tengok hasil kerja kami). kerja pertama, aku belajar tentang macam mana nak buat slide yang ada muzik, atau pun boleh letak lagu. teruja kott..(ilmu baru la katakan) lepas tu kami belajar tentang blog, macam mana nak cantikkan blog, macam-macam lagi laa tentang blog. lepas tu belajar pasal editing video..yang ni memang banyak kerja..tiap-tiap minggu ada je kerja yang beliau nak bagi...fuhh banyak derr..dalam melakukan kerja ni jugak aku belajar banyak pengajaran, khusunya secara berkumpulan. macam mana nak handle kumpulan kita ni, harus diingat kerja kumpulan bukannya meringankan, tapi boleh jadi sangat berat jika tersalah langkah.yang mana nak kenal Dr Notts lebih dekat korang masuk je ke link ni http://aammwa.blogspot.com/
jangan lupa jugak jenguk-jenguk website saya http://jejariruncing.weebly.com/ terima kasih kepada cik Norhidayati kerana menolong kami untuk menyiapkan blog, website dan juga kalendar 2012.
hasil kerja kami (G-FORCE PRODUCTION) di youtube seperti berikut ;
BBK 3408 2011 G-FORCE PRODUCTION (COVER KISAH HATI)
# kisah hati lagu alyah- dinyayikan oleh najla, tapi video ni ditolak oleh Dr Notts kerana tiada kerjasama dalam kumpulan.
# video kedua yang kami hasilkan adalah lagu Najwa Latif Cinta Muka Buku, yang dibuat semua bagi mengantikan lagu alyah kisah hati.
# tandas ni adalah video seram yang kami cuba hasilkan, semua ahli kumpulan terlibat menjayakan video ini.
# video masa ni adalah video abstrak yang kami cuba hasilkan tanpa gambar penuh manusia,ia hanya menfokuskan pada benda yang kami buat..jam tangan
# ini adalah video berdua, watak nya berdua, sambil berbuat tentang tajuk nyah.
# ini merupakan video terakhir kami, iaitu dokumentasi tentang pencemaran alam.