Showing posts with label auku. Show all posts
Showing posts with label auku. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

TEMUBUAL BERSAMA PELAJAR UM TENTANG ISU AUKU 1971


Saya sangat bertuah kerana dapat berdiskusi bersama salah seorang Majlis Tertinggi Mahasiswa Universiti Malaya tentang isu AUKU yang semakin panas akibat provokasi oleh sebilangan pihak, oleh itu dengan rasa tanggungjawab saya  meminta sedikit pandangan daripada beliau memandangkan beliau juga adalah seorang mahasiswa. dalam temubual ini juga saya melontarkan beberapa soalan berkaitan dengan isu auku. ini juga sebenarnya sebahagian daripada kerja lapangan saya untuk dimasukkan ke dalam tugasan.


Temu bual bersama salah seorang Majlis Tertinggi Mahasiswa Universiti Malaya berkenaan isu AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti).

Pandangan beliau tentang AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti)
Isu AUKU ditentang oleh pelajar universiti Malaya khususnya MPM tidak menyokong kerana ia sangat bercanggah dengan Perlembagaan Negara Malaysia. Ini juga dapat dilihat apabila empat orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia menang dalam bahas berkenaan dengan isu AUKU ini, mereka adalah Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza. Penubuhan AUKU adalah melarang pelajar universiti melibatkan diri dalam mana-mana parti politik. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.  Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.
Kenapa perlu tubuhkan AUKU? Kita juga berhak memilih mana-mana parti politik kerana kami di sini telah pun cukup syarat untuk melibatkan diri dalam bidang politik. Kami golongan pelajar boleh menilai baik buruk sesuatu perkara dengan sendiri.


Masih relevan kah AUKU untuk mahasiswa masa kini?
Kenapa perlu pertahankan AUKU , mungkin kah kerajaan atau parti-parti tertentu merasa tergugat dengan kebangkitan mahasiswa. Kami layak membuang undi, kerana kami telah cukup umur dan sah syarat-syarat mengundi, apa gunanya jika kami hanya dapat membuang undi sahaja tetapi tidak boleh bersuara. Suara kami tidak di dengar oleh pihak tertentu dan kami tidak diberi peluang untuk menyatakan pendapat, buah fikiran.  Mahasiswa perlu keluar dari 3K iaitu kampus, kafe dan kolej. Kita sebagai golongan intelek dan berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu, oleh itu kita perlu tahu tentang isu-isu semasa, kita juga perlu menyumbang pendapat dan seharusnya suara kita perlu didengar. Jika tidak didengar, buat apa kita pergi mengundi. Kita merupakan sebahagian daripada masyarakat juga, kalau suara rakyat mereka boleh dengar mengapa tidak pelajar ?kami juga ada keinginan yang perlu kami sampaikan. Cuma sekarang kami terikat dengan AUKU, kami dilarang melibatkan diri dalam mana-mana parti politik, jadi bagaimana kami dapat tahu cara berorganisasi dalam bidang kepolitikan, adakah kami sekadar pemerhati dan melihat sahaja? kami hanya disuap, dan bagaimana pula dengan masa depan? Kami tidak didedahkan cara menerajui sesuatu kepimpinan. Mana-mana parti yang dipilih itu merupakan hak kami.

Pandangan anda tentang keputusan kerajaan membenarkan mahasiswa melibatkan diri dalam politik?
Amat sesuai kerana mahasiswa seharusnya didedahkan dengan politik kerana kami akan menerajui negara pada masa hadapan. Kalau kami tidak tahu sistem berorganisasi, sistem pentadbiran, bagaimana kami hendak memimpin negara pada masa hadapan. Memilih parti politik adalah hak kami, bersuara juga adalah hak kami kerana kami telah memilih cukup syarat dan menunaikan tanggungjawab.

Apabila mahasiswa terlibat dalam politik, pada pandangan anda, adakah tidak mengganggu pelajaran mereka?
Ilmu pelajaran amat penting bagi kami seorang pelajar. Seseorang itu tidak seharusnya taksub dengan politik dan meminggirkan pelajaran, itu adalah tidak betul. Seharusnya kita perlu menguasai kedua-duanya. Dan itu juga bergantung pada individu tersebut.

Pada pandangan anda adakah suasana politik di luar Universiti akan mempengaruhi pelajar yang aktif dalam politik di Universiti?
Pada pendapat saya, ia tidak akan mempengaruhi kepada para pelajar, kerana semasa pilihan raya kampus pihak keselamatan telah mengawal suasana pilihan raya agar tidak ada pergaduhan, pertengkaran dan perbalahan parti politik luar. Dengan adanya keselamatan semasa pilihan raya, pihak politik universiti lain tidak akan masuk untuk membuat kucar kacir di semasa pilihan raya kampus di laksanakan. Tetapi kadang-kadang ahli parti politik terikut-ikut dengan suasana parti politik di luar universiti. Tetapi tidak semestinya pilihan raya kampus pro mahasiswa akan menyokong pembangkang terus, semacam pro mahasiswa tidak menyokong mana-mana parti lain, kita sebenarnya cuba membawa mahasiswa untuk menegakkan pendirian dia sendiri untuk bangkit lawan perkara yang salah.