
"apakah yang kamu tahu tentang muflis?para sahabat menjawab: "pada pendapat kami muflis merujuk kepada orang yang tidak mempunyai harta dan wang. "jelas Rasulullah s.a.w: sesungguhnya orang yang muflis daripada kalangan umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan kebaikan (pahala) sembahyang, puasa, zakat, dan bersama juga (dosa) mencaci, dan memaki hamun orang (umpat), menuduh dan memburukkan orang (fitnah), memakan harta orang lain, dan orang yang membunuh orang dan orang yang memukul orang. maka dia terpaksa membayar kepada orang-orang (disakitinya itu) dengan meggunakan ibadat dan segala kebaikan, sekiranya ibadat dan kebaikan tersebut habis sebelum dia sempat melunaskan semua kesalahannya itu, maka kesalahan-kesalahan orang orang yang disakitinya itu pula terpaksa dipikul oleh beliau dan beliau akan dihumban ke dalam neraka jahanam".
(sumber rujukan: PEMIKIR 2002: 11)