Showing posts with label LAYAN PERASAAN SEDIH. Show all posts
Showing posts with label LAYAN PERASAAN SEDIH. Show all posts

Monday, January 9, 2012

BERJALAN MENCARI CAHAYA



Dalam menempuh dan menyelongkar perjalanan hidup ini terlalu banyak dugaan dan cabaran, hanya sabar dan doa pembuka segala jalan-jalan kekusutan. Bukan senang untuk menjadi senang, dan bukan susah untuk menjadi susah, aku bukannya gelandangan, pengemis mahupun kutu jalanan, hidup aku ada matlamat walaupun miskin dan sengkit. Jangan menilai aku sekadar luaran, nilai lah aku luar dan dalam, baru kamu semua boleh membuat rumusan dan penilaian.  Jangan tendang aku semacam aku ini tiada perasaan, aku manusia ciptaan tuhan, punyai naluri dan kemahuan. Aku mahu kaya, aku mahu senang, aku mahu selongkar seluruh isi alam, aku mahu takbir dunia dengan aman, sebelum mata terpejam..
aku berjalan sambil merenung bulan dan bintang, menyaksikan kebesaran tuhan, sambil berdoa agar ditemukan kebahagiaan dalam kehidupan. Aku terus berjalan, menikmati keindahan alam, deringan serangga memecah hening malam, sambil kesejukan udara malam menyengat badan. Aku berjalan bukan ke pusat hiburan, aku berjalan mencari titisan ilmu penyuluh kehidupan, aku percaya dengan ilmu ia akan mengenal tuhan dengan lebih dalam. Berbekalkan beg buruk tinggalan ayah, di dalamnya diisikan pen dan kertas kajang untuk mencatat segala coretan-coretan semasa mencari puncak kejayaan.
Aku tinggalkan adik di rumah usang, bukan lari dari bebanan, aku mengejar kejayaan untuk masa depan, tinggallah mereka bertemankan pelita ayam, menerangi malam suram. Dan aku berpesan, janganlah berkelahi sesama kita, belajarlah untuk kemajuan, inilah harta kita, harta peninggalan ayah dan bonda, setelah mereka pergi sekian lama, mengadap Ilahi yang maha esa. Berpesanlah sesama kita, beringat-ingatlah bersama-sama.
Allah ambil mereka untuk menguji kita, aku percaya di sebalik dugaan yang menimpa, ada kebahagiaan di penghujungnya, aku percaya dengan janji DIA. Sambil menitiskan air mata, sayu mengenangkan nasib yang menimpa keluarga, kehilangan tempat berkasih, hilang tempat bermanja.