Showing posts with label LALANG. Show all posts
Showing posts with label LALANG. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

SINOPSIS LALANG (TUNAS CIPTA EDISI FEBRUARI 2012)

Lalang
Hidup sendirian
Di tepi-tepi jalan, di pinggir-pinggir hutan
Tumbuh berkeliaran
Ditiup angin kiri ke kanan
Hidup tiada arah haluan
Meniti hari-hari kesengsaraan

Lalang
Hidup bergelangdangan
Tanpa kasih dan sayang
Tiada belas kasihan
Walhal lalang juga ciptaan TUHAN

Alahai
Kasihannya si lalang
Sudahlah hidup di kaki-kaki jalan
Tiada siapapun yang sudi pandang
Berkeliaran menunggu nyawa tercabut dari badan
Maka berakhirlah hidup si lalang

Dimana silapnya lalang
Hinggakan terabai sedemikian
Hidup penuh penderitaan
Penyiksaan
Mungkinkah mereka menunggu
Pabila lalang hilang
Barulah mula mencelik mata
Lalang sebenarnya berguna
walaupun bergelandangan.

 

                                                                                                                 18/09/2011 10:00 am


Pertama-tama kalinya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada editor Majalah Tunas Cipta kerana memilih hasil karya saya untuk diterbitkan pada bulan Februari 2012. syukur juga saya panjatkan kepada ALLAH S.w.t, kerana melimpahkan rezeki dan memberi kelapangan akal unutk menulis karya tersebut.

Lalang adalah satu sajak yang saya cuba adaptasikan daripada pemerhatian kepada tulisan dengan menggunakan bahasa yang indah. kisah  terjadi ketika saya berjalan-jalan di bandaraya Kuala Lumpur dan terkesan dihati apabila melihat terlalui ramai gelandangan yang terbiar, tidur di kaki-kaki jalanraya, di celah-celah lorong, di bingkai-bingkai tangga. oleh itu saya cuba membawa satu isu dengan menulisnya ke dalam bentuk sajak. lalang ini, saya gambarkan sebagai orang-orang gelandangan, bukan untuk menghina mereka, tapi cuba menyedarkan masyarakat, menyindir masyarakat kerana tidak ambil peduli kepada mereka. dan dalam masa yang sama saya juga terfikir adakah mereka-mereka ini tidak mempunyai ahli keluarga, ataupun anak-anak. kalaulah anak-anak yang membuang mereka, maka malangnya anak-anak mereka kerana menolak kasih sayang daripada ibu bapa. bagi saya benda yang paling susah untuk kita miliki adalah kasih sayang daripada kedua ibubapa, jika yang ada telah menolak nya, sama seperti dia menolak rezeki dari ALLAH S.W.T.