kaya mana pun manusia
akan mati juga
berjuta duit, kafan putih juga akhirnya
beratus hektar tanah untuk anak cucu jua
bila terlepas nyawa manusia
kubur menantinya
terputus segala amal ibadatnya
kecuali tiga perkara.
kaya tidak lupa
itu adalah sebaiknya
dipandang mulia
manusia dan pencipta
sesengket mana pun manusia
penghujung jalan cerita
mati jua
biar miskin didunia
asal akhirat kaya-raya
miskin duit sahaja
budi pekerti mulia
iman dijaga
amal dijana
anak terpelihara
didik dengan ilmu agama
keluarga terlindung dari mala petaka
memohon doa kepada yang Maha Berkuasa.
menunaikan Rukun Islam lima perkara
jika berkemampuan tunaikanlah rukun kelima
kaya atau miskin itu bukan ukurannya
yang dihitung amalnya sahaja
tak rugi berbuat baik sesama kita
kerana semuanya bersaudara
tak perlu bertelagah bermasam muka
sebaliknya bersatu bangunkan negara
kerana itu adalah tugas manusia
selain menjadi seorang hamba.
adil bukannya sama rata
meletakkan sesuatu pada tempatnya
itulah ia
jangan kita terpedaya
dengan barat yang tak kemana
hanya menyesatkan umat Islam sahaja.
mereka hidup didunia sahaja
dunia kita pinjaman semata-mata
jika sampai waktunya
bila tiba tarikh luput manusia
tercabutlah nyawa
berakhirlah jua
sketsa hidup manusia.
kaya atau miskin sama sahaja, yang membezakan kita adalah amalnya. hidup manusia ada dua matlamat utama, pertama menjadi hamba, kedua menjadi khalifah di dunia. hidup kita hanya kerana Pencipta, cari ilmu biarlah untuk mengenalnya, bukan untuk mendapat pekerjaan semata-mata, tapi biarlah matlamat itu datang bersama-sama, carilah ilmu yang benar, supaya kita boleh menimbang baik buruk sesuatu perkara. jangan kita buta, sehinggakan lupa janji azali sewaktu roh ditiupkan ke jasad manusia. mengakui keesaan ALLAH S.W.T, menjadi saksi kebesarannya.