Showing posts with label ISU AUKU. Show all posts
Showing posts with label ISU AUKU. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

ISU AUKU (MELARANG MAHASISWA BERPOLITIK)

Serah cadangan pindaan AUKU Febuari depan

24/12/2011 5:41pm

KUALA LUMPUR 24 Dis. — Jawatankuasa Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dijangka menyiapkan cadangan pindaan untuk diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi awal Febuari depan.
Pengerusi jawatankuasa itu, Profesor Nik Ahmad Nik Mahmod berkata, cadangan itu akan mengkaji dan mengambil kira maklum balas orang ramai berhubung kewajaran mahasiswa dibenar bergiat dalam politik kepartian.
Ia termasuk menganjurkan ceramah politik, merekrut pelajar sebagai anggota parti politik, mengedar risalah dan apa-apa aktiviti berkaitan parti politik, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Maklum balas boleh disalurkan ke e-mel rasmi aukuwg@mohe.gov.my, akaun laman sosial http://www.facebook.com/aukuwg dan melalui soal selidik di laman web http://www.mohe.gov.com.my.
Nik Ahmad berkata, salah satu terma rujukan jawatankuasa itu ialah mendapatkan maklum balas pihak yang berkepentingan terutama warga kampus kolej dan universiti iaitu pelajar, tenaga akademik dan bukan akademik selain mengambil kira pandangan rakyat.
Proses pertama maklum balas adalah melalui arahan bertulis Kementerian Pengajian Tinggi kepada semua Institusi Pengajian Tinggi bagi mendapatkan pandangan warga kampus mengenai pindaan yang perlu dilakukan, katanya.
Beliau berkata peringkat kedua ialah soal selidik di laman web kementerian dan laman sosial http://www.facebook.com/aukuwg.
Peringkat ketiga pula melalui pendengaran awam di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu, katanya. — BERNAMA



isu AUKU riuh mahasiswa membicarakannya, pandangan yang diterima adalah, ada yang tidak setuju dan ada yang setuju..bagi saya, saya setuju mahasiswa berpolitik, tapi perlu menyediakan peraturan atau terma khas, bukan apa, saya takut nanti bila pelajar/mahasiswa sudah boleh berpolitik saya takut budaya politik luar di bawa masuk ke dalam kampus, boleh meriuh-rendahkan dan mendatangkan masalah terutama kepada universiti/IPTA. seharusnya kerajaan mengadakan peraturan tertentu supaya pengaruh politik dari luar tidak boleh sewenang-wenangnya masuk ke kolej/IPTA. jika pengaruh politik luar boleh sewenang-wenangnya masuk ke kawasan universiti saya tidak setuju. kalau mahasiswa mahu berpolitik boleh, tapi di luar kawasan kampus. itu merupakan pandangan saya saja, mungkin ada yang tidak setuju. kerajaan seharusnya tidak perlu takut dengan pembubaran auku ini, mereka sudah besar, sudar boleh memilih yang mana baik atau buruk, mereka sudah boleh menimbang sesuatu keputusan. ada gembar-gembur yang mengatakan kerajaan ,asih mahu mengekalkan auku ini adalah kerana takut kepada kebangkitan pelajar khususnya mahasiswa. dan harus di ingat ini adalah sebilangan sahaja, bukan semua pelajar menyuarakan sedemikian.