Perkara yang aku tak boleh nak lupakan terlalu banyak, dari kecil sampai la ke besar. Aku masih ingat lagi masa aku kecil-kecil dahulu, aku ni jenis yang suka makan gula-gula. Pada suatu hari tu mak aku ada suruh aku pergi kedai untuk belikan santan kelapa, dia sertakan duitnya sekali la(lupa berapa nilai duit tu). Sesampainya dekat kedai tu, aku jadi rambang mata tengok gula-gula.. hahahaha. Santan yang mak aku kirim tu memang aku tak lupa, lepas aku beli santan tu ada la baki duit yang lebih. Duit baki tu aku beli gula-gula..lepas tu baliklah aku ke rumah dengan santan dan makanan kegemaran aku,gula-gula. “ni ma santannya” sambil menghulurkan santan (dalam dialek Kelantan). “Mana duit baki beli santan ni?”.tanya mak aku. Lepas tu aku diam je. “Mana duit baki beli santan ni?”, meninggikan suaranya sambil matanya terbeliak, macam nak makan aku je. “Duit baki tu orang beli gula-gula ma”, suara tergagap menjawab pertanyaan mak aku tu kerana takut. Sambil marah mak aku menuju ke atas rumah macam nak ambil sesuatu, dan semestinya barang yang ingin di ambilnya rotan..hahahaha, sebelum rotan tu singgah kat punggung aku, baik aku cabutttt.. Dan berlakulah sesi kejar-mengejar keliling rumah dengan bonda tercinta dengan rotan kesayangan abah. Aku ni anak abah, tapi masa tu abah tak ada dekat rumah sebab pergi kerja. Kalau abah aku ada, mak aku takkan marah aku. sedih kannn..hahahaha. masa mak aku kejar tu la aku buang semua gula-gula yang dibeli tadi. Dan aku dapat rasakan mak aku terlalu marah sebab bazir kan duit beli benda yang tak berfaedah. Hari tu aku didenda tak boleh makan nasi, makan gula-gula je. Tapi anak abah memang bijak bab pujuk rayu, mak aku tu kalau masa dia marah, soalan yang boleh meredakan marahnya tanyalah soalan “ma bila abah nak balik?”..dan soalan itulah yang aku amalkan semasa mak marah. Hari tu dapat jugak makan nasi, yelakan ibu mana yang nak tengok anaknya hidup dalam kelaparan, marah hanyalah sebentar. Hanyalah sekadar teguran daripada seorang ibu. Marah, cubit tu hanya benda biasa.