"Bila seseorang melakukan kesalahan, dan dia tidak memperbetulkan kesalahan itu, dia telah melakukan kesalahan sekali lagi"
Wednesday, February 29, 2012
'AKU MAHU HIDUP SERIBU TAHUN LAGI', DAN 'TETAMU SENJA' AKAN PULANG...
Pagi ini, menuju ke Dewan Besar Universiti Putra Malaysia kerana dikhabarkan adanya satu bual bicara yang membahaskan tentang sastera dan kehidupan. antara yang turut hadir pada majlis tersebut Dr Norazlina, Puan Hajah Halimah, dan ramai lagi. manakala tetamu jemputan pula bukan calang-calang orang, semuanya orang yang berpengalaman jauh dalam bidang sastera khusunya. memang betul kalau di teliti dengan dalam sastera berkait dengan kehidupan orang-orang melayu zaman dahulu khususnya, zaman sekarang orang jarang sangat pandang sastera, semuanya nak jadi doktor, jurutera, arkitek dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan sains. namun, masih ada lagi segelintir remaja, anak-anak muda yang masih lagi meminati sastera ini, oleh itu sastera melayu setakat ini masih terpelihara daripada kepupusan pelapis. ramai di kalangan kita mengangap sastera ini merupakan mereka-mereka yang jiwang, dengan kata lain 'mat jambu'. tapi bagi saya sastera bukan itu, saya bukan jiwang dan bukan juga mat jambu, saya menulis tidak menggunakan bahasa yang berbunga tetapi menggunakan bahasa yang indah. itu sebenarnya mereka tidak tahu. kita menulis itu pun sudah dikira sastera kerana sastera berkait rapat dengan bahasa. jika ada mereka yang menyataan mereka tidak jiwang rasanya tidak perlu ada perasaan kasih sayang dalam diri mereka. lagu-lagu yang kita nyayikan itu juga merupakan sastera..sebab lagu-lagu menggunakan susunan kata yang indah dengan mengolah bahasa menjadi pendek tetapi maksud yang ingin disampaikan/mesej/jalan cerita dalam lagu tersebut samapi kepada pendengan dan kita faham. mereka yang tidak tahu sahaja mengatakan sastera adalah jiwang, bahasa bunga. kalau anda sendiri duduk belajar di tempat saya, semestinya anda akan cukup kagum dengan kemahiran yang digunakan oleh orang-orang melayu zaman dahulu. mereka tidak menegur seseorang atau mengkritik dengan bahasayang keras/kasar, malah mereka menggunakan media seperti perbilangan-perbilangan, ungkapan-ungkapan, kata-kata yang lembut, itu menunjukkan orang melayu penuh dengan adat dan sopan...bila hadir ke slot bual bicara tadi saya dapat sekidit sebanyak ilmu berkaitan dengan hati budi melayu, sejarah melayu, sifat orang melayu, kemahiran orang melayu. saya tertarik dengan kata-kata Dr Lim Swee Tin tentang sajak yang dihasilkan Pak Samad, 'tetamu senja' apa itu tetamu senja?orang melayu zaman dahulu tidak akan berkunjung ke rumah jiran/kawan jika sudah senja, kalau singgah pun sekejap sahaja mungkin ada perkara penting untuk diberitahu, dan itu merupakan adat orang melayu. namun di sebalik perkataan itu adalah kita merupakan insan yang hidup di muka bumi ini sekejap sahaja. merupakan pinjaman sahaja. tidak lama pun hidup di atas muka bumi ini, saya juga tertarik dengan tajuk sajak 'aku ingin hidup 1000 tahun' walhal penulis itu sudah mati ketika usia 27 tahun. namun disebalik perkataan itu menunjukkan semangat, walaupun dia telah mati namun semangat yang ditinggalkannya akan kekal, oleh itu dia akan hidup dikalangan kita, bersama-sama semangat yang pernah 'dia' tinggalkan...sekian!!peace no war
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment