Friday, January 13, 2012

MENITI AKSARA USIA ITU


1 Januari genap umur aku 23 tahun..sepanjang perjalanan ini apa yang telah aku gapai, apakah azam yang aku ungkapkan tahun lepas sudah pun tercapai, atau masih lagi tercari-cari ke mana kah hala tuju aku selepas ini, mungkin kah terus mengerah kudrat mencari rezeki atau meneruskan memerah otak untuk pengajian dalam kesarjanaan. Dua persimpangan yang harus aku pilih, ke kiri atau ke kanan?? Yang manakah jalan yang sepatutnya aku lalui, orang kata, teruskan belajar selagi boleh belajar. Memang boleh belajar tapi aku juga terfikir untuk mencari dan mendapatkan kerja tetap, kalu boleh seawal yang mungkin. Sebenarnya aku dah tak sabar-sabar nak memulakan pekerjaan,  sekarang ini aku sudah terfikir selepas tamat sahaja pengajian nanti, kerja apa yang perlu aku cari untuk sementara waktu. Aku pun teringin nak pegang duit sendiri. Teringin jugak tengok kawan-kawan semuanya dah bekerja, kerja kerajaan pulak tu, aku bila lagi??
 
Berbalik pada azam tadi, sebenarnya aku ni jenis yang tak suka tanamkan azam tahun baru, tapi aku tanamkan matlamat hidup aku, 5 tahun nanti di manakah aku, 10 tahun ke depan ke mana hala tuju aku, mungkin ke masa tu aku dah jadi ketua keluarga? hahahaha..agaknya kottt..aku simpan target, maknanya aku perlu usahakan untuk sasar target yang aku letak tu. Korang semua macam mana? Apa yang ada pada tahun baru? Sehinggakan tunggu tahun baru baharu nak letakkan azam baru, kenapa tak letak untuk setiap minggu je? Tiap kali masuk minggu baru korang buat la azam baru..ahahahh. aku rasa la, lebih baik kita hala tujukan matlamat hidup, 5,10 tahun akan datang ke mana aku masa itu, kalau nak jadi ahli perniagaan, maknanya lepas belajar nanti kenalah belajar tentang selok-belok perniagaan, berkawan dengan orang yang mahir dalam bidang-bidang tertentu ,baru pemikiran luas dan tahu seba sedikit tentang perniagaan, kalau nak jadi petani moden, belajarlah dari sekarang tentang pertanian, kaedah penanaman, pembajaan, jenis tanaman, jenis pasaran yang korang nak pasarkan.  Lorh, dah jadi macam pakar motivasi la pulak. Afzan pulak macam mana??nak jadi apa??sekian terima kasih..hahaahha
Kawan-kawan belajar tinggi-tinggi pun, harus diingat keredaan ibu bapa adalah penting, tiada keredaan daripada ibu bapa, tak berkat hidup, segala usaha mungkin tak kan menjadi. Untuk mendapat keredaan daripada ibu bapa tak perlu hana duit beribu-ribu, mahupun makanan berbakul-bakul, semua ibu bapa nak kan anak-anak mereka berjaya, tak kiralah dalam bidang apa sekalipun asalkan dalam bidang yang halal, bersih daripada rezeki yang kotor. Dan berbuat baiklah kamu ke atas ibu bapa kamu, sesungguhnya itulah hadiah yang paling bernilai ALLAH berikan ke atas kamu, sebabnya kamu semua diberi kesempatan untuk merasai kasih sayang daripada ibu dan ayah. Tiada nilai tandingnya kasih sayang ibu dan ayah di muka bumi ini..hilang mereka kamu tidak akan dapat galang gantinya yang serupa, carilah serata dunia pun, perginya mereka, tiadalah semua. Oleh itu, semasa mereka masih hidup, gunalah kesempatan yang ada, jagalah hari mereka, sayangilah mereka. Jika nak dibandingkan dengan pengorbanan yang telah mereka taburkan kepada kita, memang tidak terkira, banyaknya. Pengorbanan yang kita berikan kepada mereka hanyalah secebis daripada pengorbanan yang pernah mereka curahkan kepada kita. Pandanglah mereka(ibu bapa) dengan pandangan kasih sayang, nescaya kamu akan mendapat kebahagian, ketenangan.
Meniti aksara usia itu, apakah pengorbanan yang anda lakukan kepada ibu bapa anda setakat ini? Selama anda hidup ni, kebahagiaan yang bagaimanakah anda telah curahkan kepada ibu bapa anda?? Mungkin kah anda telah menguris kesedihan di hati mereka, atau mungkin meredakan kerutan di dahi mereka dengan memberikan kegembiraan dan senyuman, tepuk dada tanya selera..jika kesedihan yang anda berikan, sedarlah bahawa ibu bapa anda sedang berduka dengan sikap anda, tingginya pengharapan yang mereka harapkan daripada anda, setinggi-tinggi gunung, tinggi lagi harapan mereka letakkan di bahu anda. Dari kecil mereka membelai, menjaga, menghias anda dengan satu harapan, bila besar kelak, kamu akan menjadi insan yang berguna, bukan derhaka. Jika anda telah memberikan kegembiraan kepada mereka, sedarlah ibu bapa anda berada dalam senyuman, tersenyum melihat anak-anak mereka membesar dengan berpandukan ilmu. Jika mereka menutup mata sekali pun mereka redha kerana mereka telah berjaya mendidik anak mereka menjadi seorang yang berguna, jika sebaliknya maka hampa lah mereka, pergi dalam keadaan kesedihan melihat anak dalam kekusutan. Sedarlah dari detik keluarnya anda, sehingga saat ini, doa daripada ibu bapa tidak pernah putus walaupun jauh, walaupun sudah berumah tangga. Apa yang mereka harapkan adalah kebahagiaan, dunia dan akhirat.
Sekian wassalam….coretan dari afzan

No comments:

Post a Comment