Walaupun menyedari laman facebook ditubuhkan oleh Yahudi untuk tujuan dan maksud pelbagai. Namun ia tetap ada kebaikan dan keburukannya. Beberapa cara penggunaan facebook yang patut ditegah dan perbuatan tersebut boleh dianggap haram malah berganda-ganda haram nya. Perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak. Namun pada kesempatan ini cukup saya senaraikan tiga perkara sahaja.
Mendedahkan keaiban suami
1. Mendedahkan keaiban suami/isteri
Terdapat pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci dan marah terhadap pasangan pada ruang status, kemudian mendapat komentar daripada kawan-kawan. Namun tanpa disedari, perbuatan tersebut tergolong dalam kategori mengumpat yang diharamkan Islam. Semua perlu menyedari bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya bercerita perihal rumah tangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya . terdapat sebahagian maklumat yang secara langsung mengaibkan pasangan. Mungkin kita sebagai pembaca dapat mengagak situasi ‘perang dingin’ melalui luahan dalam statusnya. Sebarang masalah hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini mempunyai autoriti seperti ibu bapa, mertua, adik-beradik yang boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan suasana. Mereka juga boleh merujuk kepada kadi, mufti, ilmuwan, kaunselor rumah tangga, ustaz dan ustazah.
2. Terlebih gambar
Agak pelik kebanyakan mereka yang sudah bersuami/beristeri kelihatan suami mereka memberikan sepenuhnya keredaan menayangkan gambar yang mempunyai pelbagai aksi yang boleh mendatangkan spekulasi/fitnah, lebih-lebih lagi gambar yang tidak menutup aurat. Di samping itu juga juga dapat menimbulkan ‘kedayusan’ (jika boleh diguna pakai) terhadap sang suami kerana tidak dapat menjaga atau mengawal isterinya daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemaluan terhadap suami.
3. Gambar yang mengaibkan orang lain
Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat tetapi dalam situasi yang mengaibkan. Mungkin ai tidak mengaibkan individu wang menyiarkannya kerana dia berada dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya dalam berada dalam situasi yang mengaibkan. Tambahan pula dia kini merupakan seorang yang terhormat dan mempunyai kedudukan baik di mata masyarakat.
Sumber: solusi edisi 37
Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut lagi, dapatkan solusi tersebut…
No comments:
Post a Comment