Thursday, October 6, 2011

KETIKA GEMIRIS BERLARI DI TANAH RATA

Dalam diam aku terdiam
dalam diam aku tergamam
dalam diam aku tercegang
dalam diam aku kehairanan
dalam diam aku keseorangan
dalam diam aku kerinduan
dalam diam aku kesedihan
rindu pada seseorang
yang berada nun jauh di kampung halaman
yang jauh mengadap ilahi
jauh meninggalkan kami
rupa parasnya tiada lagi
hanya kenangan menemani hati
mengigatkan ayahku yang telah pergi.
belum sempat ku menabur budi
ayahnda telah pergi ketika mencari rezeki.
kini anakmu berada di universiti
melangkah mencari ilmu adabi
menunaikan janji yang telah temetrai
ketika abah bersama kami...

kepada mereka yang masih mempunyai
ayah dan ibu mesti dihormati
mesti disayangi
harus disanjungi
janganlah menjadi anak yang tidak mengenang budi
nescaya kelak binasa diri..

buat bonda tercinta
adakah dirimu sihat sentiasa
doa anakmu sentiasa ada
mendoakan mu sihat sejahtera
jauhkan dari segala malang petaka
tambahkan amal ibadah yang ada
nescaya ALLAH akan merahmatimu wahai bonda..AMIN!!

ketika gerimis berlari di tanah rata
pilu hati tiada gambarannya
mengenangkan nasib menimpa keluarga
hilang tempat bergantung,hilang tempat meminta
mengharapkan ibu membesarkan kami sekeluarga
tanpa pernah meminta pada siapa-siapa
saudara mara tidak pernah menjenguk muka
tidak pernah bertanya khabar, batang hidung pun tiada..

                                                                  kini aku sudah dewasa
bisa membuat keputusan sebijak-bijaknya
gunakan akal yang waras kurniaan Yang Maha Esa
dalam menegakkan kebahagiaan keluarga.
akan ku ukirkan senyuman di wajah bonda
tanda terima kasih membesar dan mendidik aku menjadi anak berguna.

bonda tercinta

No comments:

Post a Comment