Sunday, September 25, 2011

MENYELUSURI AKSARA KATA AYAH



assalamualaikum semua..buat pertama kalinya nama Muhammad Afzan bin Ismail turut tercatat dalam Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (Tunas Cipta edisi Julai 2011).. Sajak ini mengisahkan pesanan seorang ayah kepada anak-anaknya untuk mengharungi liku-liku kehidupan.. Sajak ini juga terhasil daripada imbas kembali tentang diri saya sendiri, dimana arwah ayah saya pernah berpesan supaya bersabar dalam mengharungi kehidupan. Ini dapat dilihat melalui kata "hanya dengan kesabaran dapat mengharungi segala kesukaran". Masalah tidak dapat tidak akan hadir dalam sebuah perjalanan kehidupan, kita semua tidak dapat lari  daripada masalah, kerana masalah juga merupakan sebahagian daripada kehidupan. Cuma yang penting cara kita menyelesaikan masalah itu, adakah secara rasional atau tidak."pahit di hadapan sebenarnya manis kemudian"dalam sajak tersebut mencerminkan seseorang yang ingin berjaya seharusnya melalui kesusahan dahulu sebelum menempuh kejayaan. Tidak ada manusia yang terus berada diatas tanpa usaha yang gigih disamping perlu adanya pengorbanan. Tidak kira pengorbanan dari segi masa, tenaga, wang ringgit, masa bersuka ria. Seperti pepatah melayu mengatakan "dimana ada kemahuan disitu ada jalan". Usaha tanpa putus asa itu penting, dalam Islam sendiripun melarang umatnya bersikap mudah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara. Mungkin kita tidak akan mencapai hajat yang kita inginkan, tetapi ingatlah apa yang lebih penting adalah pengalaman sewaktu kita berusaha untuk mencapai keinginan itu, merupakan pengalaman yang amat bernilai sebenarnya.
Insya-Allah dengan berkat doa daripada ibu dan keluarga saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Amin!!semoga dengan tersiarnya sajak ini membuatkan saya lebih berusaha untuk menghasilkan sajak-sajak yang terbaik.
"selangkah aku undur kebelakang sejuta kerugian", inilah yang dikatakan seorang yang pengecut, penakut untuk mencuba. Jika tidak mahu mencuba kita tidak akan tahu  kebolehan dan kekurangan yang kita ada. orang- orang golongan inilah yang sebenar berada dalam golongan mereka-mereka yang rugi kerana malu untuk mencuba, mengaku kalah sebelum bertempur. Malu untuk menonjolkan 'skill' yang ada.









No comments:

Post a Comment