Malang betul nasib aku ni..Tapi biarlah mungkin ada hikmah disebalik benda ini terjadi, ataupun ALLAH S.W.T sedang menguji aku. Aku tak tahu dimana silap aku ataupun orang lain yang tak pernah berfikir untuk aku, mungkin dia hanya fikirkan kesenangan untuk dia. walhal aku yang tanggung. sejak mula sesi pembelajaran kat universiti untuk sem ni, macam-macam benda yang berlaku..contohnya:
Kes pertama:
benda ni terjadi bukan lah sebab daripada orang lain,ni kesalahan aku sendiri cuai mungkinnya. pensel picik yang dihadiahkan oleh Miniey Afniey untuk aku hilang..Nak dikirakan harga memanglah tidak mahal hanya rm 5.00 sahaja..tapi ada yang lebih mahal dari tu sebenarnya...Kenangan!!itulah yang mahal sebenarnya, pensel tu cukup bermakna untuk aku..Dengan pensel tulah aku menjawap soalan SPM dan dengan pensel tulah aku menjawap soalan STPM, sehinggakan di universiti pun aku masih guna lagi pensel tu..Sebelum ni pensel tu memang aku simpan baik-baik, walaupun cuti sem atau cuti persekolahan memang pensel tulah aku simpal dulu..Tapi sekarang benda pensel dah hilang.. Mana aku nak cariiiiii... Jika ada kebaikan sebab pensel tu hilang, aku redha.. Dan jika kecuaian aku menyebabkan pensel tu hilang aku rehda juga.. Yang penting ALLAH dah tetapkan yang terbaik untuk aku..
Kes kedua:
Kat bilik aku ni aku ada jual air tin.. tapi yang peliknya setiap kali jual dan kira untuk,tidak ada untuk bagi aku,padahal sebelum beli air tin kat pasaraya aku dah kira semua kos modal dan untung..mungkin aku tak layak untuk berniaga kott..biarlah..kepada sesiapa yang ambil air tu free tanpa pengetahuan aku,aku halalkan je..aku tak layak untuk hukum orang..biarlah ALLAH sahaja yang menentukan..
No comments:
Post a Comment