Saturday, August 6, 2011

HARI RAYA PADA TAHUN 2050 TAK MERIAH!!








assalamualaikum semua...

alhamdulillah kita semua masih lagi diberikan nikmat kehidupan oleh Maha Pencipta..syukur,tasbih.tahmid patut kita panjatkan kepada-Nya...hari ini sudah hari ke-6 kita semua menjalani ibadah puasa, semoga hari-hari yang akan datang Allah s.w.t masih memberikan kesihatan tubuh badan untuk kita menunaikan Rukun Islam yang ke-3 ini.
Seperti biasa setiap usaha ada kejayaannya,setiap kejayaan ada kenikmatannya, setiap kenikmatan ada kepuasannya..lumrah kehidupan,yang hidup pasti akan mati,yang datang pasti akan pergi..begitulah bulan yang penuh dengan keberkatan ini,bulan ramadan yang meniti ke pertengahan bulan. apakah amalan yang telah kita lakukan, adakah sekadar hanya berpuasa untuk cukupkan syarat sahaja, atau puasa sekadar untuk berhari raya.

pertengahan puasa semua sibuk membuat persiapan untuk berhari raya, rumah cat baharu, baju baharu,langsir baharu dan serba-serbi lagi benda-benda baharu..tapi kita terleka pernahkah kita cuba menilai amal ibadah yang telah kita lakukan, kita hanya asyik menilai material sahaja..pernahkah kita terfikir mungkinkah ini ramadan yang terakhir kita akan bertemu!!dan jika ini yang terakhir rebutlah peluang untuk mendekatkan diri kepada-Nya..tepuk dada tanya selera,bukan untuk berdakwah sekadar peringatan..kalau ada salah tolonglah betulkan,aku baru belajar.


saya nak kongsikan sedikit pengamatan yang telah saya tafsirkan dan saya nak buat satu fakta mengatakan berkemungkinan pada tahun 2050 suasana berhari raya dikampung tidak akan semeriah seperti hari ini. ini dapat dilihat melalui fakta-fakta yang saya akan cuba huraikan secara jelas dan rinci.

1.kebanyakan anak muda dari kampung semuanya telah berhijrah ke pusat-pusat bandar untuk mengejar peluang-peluang pekerjaan yang luas di kota, serta gaji yang ditawarkan begitu lumayan berbanding di kampung. dan mereka akan balik ke kampung ketika dekat dengan hari raya dan pergi semula setelah dua atau tiga hari berhari raya kerana tuntutan kerja.tak meriah kan raya..

2.kebanyakan jawapan yang saya terima apabila ditanya "laaa..ada raya tahun ni?" . jawapan "ehmm..balik la jenguk mak, kalau tak raya kat sana je, lagipun cuti tak panjang".nampak tak?kalau macam ini persepsi masyarakat memang sah raya kat kampung takkan meriah. mereka hanya balik kerana ibubapa mereka masih ada di kampung,kalau tak ada takkan baliknya.

3.berkeluarga di sana (di bandar),tren masyarakat sekarang apabila raya,mereka akan bawa mak ayah mereka untuk berhari raya kat bandar, dengan alasan adik beradik ramai duduk sini, mereka semua hanya dapat cuti yang singkat, tak dapat nak pulang kat kampung. jalan yang paling mudah bawa mak ayah ke bandar dan berhari raya disana..tak meriah kan raya kat kampung jadi sunyi sepi.

4.hilangnya semangat kunjung berkunjung. tak meriah hari raya jika tak ada amalan kunjung berkunjung antara jiran tetangga , rakan taulan, mereka terbawa-bawa amalan hidup dikota, aku-aku, kau-kau..




sebarang komental saya alu-alukan....


No comments:

Post a Comment