Thursday, August 25, 2011

DARURAT BUKAN SEMUDAH ITU!!


DARURAT BUKAN SEMUDAH ITU!!

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog saya..Terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman blog saya yang tidak seberapa ini..alhamdulillah kerana kita masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumi milik ALLAH S.W.T yang indah dan agung ciptaannya, tidak dapat difikirkan oleh akal manusia, tidak dapat dijangkau oleh pemikiran kita.

Syukur juga kita panjatkan kerana masih diberi kesihatan tubuh badan untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini..sedar atau tidak kita sudahpun meniti ke pengakhiran bulan ramadhan. Pemergian ‘tetamu’ yang datang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Kemudian tirai syawal kian menunjukkan cahayanya, syawal merupakan pelengkap kepada bulan ramadhan.
Pada pertengahan puasa saya baru sahaja membeli majalah SOLUSI, isu yang dikupas oleh para penulis dalam majalah tersebut amat bersesuaian dengan peredaran zaman yang berkisarkan tentang remaja, keluarga, rumahtangga, tentang Islam, isu-isu semasa dan banyak lagi. Bagi saya dengan harga RM 10.00, tidak rugilah untuk mendapatkan majalah tersebut kerana banyak ilmu yang boleh kita pelajari dan amati…

Saya terbaca satu artikal yang dihantar oleh seorang ibu yang sudah mempunyai 4 orang cahaya mata ke Majalah Solusi yang menyatakan timbul kekesalannya setelah membaca Majalah  Solusi edisi ke-32 yang bertajuk “Darurat Bukan Semudah Itu” hasil tulisan Ustazah Noraslina Jusin. Beliau menceritakan sewaktu proses kehamilannya, beliau disentuh oleh doktor  berlainan jantina sewaktu mendapatkan rawatan di hospital kerajaan disamping mendapat layanan yang kurang memuaskan oleh petugas-petugas di hospital kerajaan. Di samping itu juga, beliau menyatakan sewaktu ingin melahirkan anak sebelum ini, doktor lelaki yang memasukkan ubat ketika proses induce bagi mempercepatkan kelahiran kerana bersalin dihospital kerajaan tidak boleh memilih doktor.

 Isu yang saya ingin tonjolkan disini bukanlah keburukan mendapatkan rawatan dihospital kerajaan tetapi pengorbanan seorang ibu memegang status seorang isteri yang ingin menjaga auratnnya daripada disentuh dan dilihat oleh bukan suaminya apabila sanggup mengadaikan gelang tanggan emas kesayangannya untuk mendapatkan rawatan dihospital swasta dengan mendapatkan rawatan daripada doktor muslimah. Begitu besar pengorbanan seorang wanita ini yang ingin menjaga aurat dan mendapat zuriat yang ‘betul-betul bersih’.

Seharusnya kerajaan melalui Kementerian Kesihatan menggariskan peraturan dan panduan mengenai kes ini. Dan bagi saya cara yang paling betul adalah menyediakan doktor muslimah ataupun wanita untuk mengendalikan proses kelahiran anak para ibu-ibu, ini dapat mengelakkan berlakunya persentuhan antara lelaki dan wanita bukan muhrim dan juga mengelakkan timbulnya perasaan malu.



No comments:

Post a Comment