Thursday, June 16, 2011

AKHIR PERJALANAN SEORANG IBU


AKHIR PERJALANAN SEORANG IBU


Seorang ibu muda yang baru ingin menjejak kaki ke alam yang baru bertanya “adakah perjalanan ini jauh?”… kedengaran suara yang memberi respon terhadap persoalan tersebut berkata “ ya, dan ia satu perjalanan yang berliku, tetapi penghujung perjalanan inilah yang paling bermakna berbanding permulaannya..”
Ibu muda tersebut memulakan perjalanannya. Kasih sayang terhadap cahaya mata yang masih kecil tak berbelah bahagi. Bermain bersama anak-anak, memetik buah-buahan sepanjang perjalanan untuk anaknya, memandikan anaknya apabila mereka melalui iar terjun yang jernih dan sebagainya. Ibu muda tersebut berasa sangat bahagia. Dia menangis sambil berkata “tiada yang lebih indah dan membahagiakan selain ini”.
Apabila menjelang malam, hujan dan rebut melanda, lorong yang mereka lalui gelap-gelita. Anak-anak ketakutan dan berada dalam keadaan sejuk, lalu si ibu dating membalut badan anaknyasambil memeluknya..si anak memberitahu ibunya “ibu, kami tidak takut lagi kerana ibu ada bersama kami”.
Menjelang pagi, si ibu bangkit dari lena, sang mentari memancarkan bahang sinarnya. Tiada lagi rebut seperti semalam yang ada dihadapan sebuah bukit. Mereka mendaki ke puncaknya. Si ibu dan anaknya lelah tetapi ibu berpesan, “ bersabarlah wahai anak-anakku, nanti kita akan sampai ke puncak”. Anak-anak tidak berputus asadan terus mendaki. Apabila tiba di puncak, lalu anak berkata “ibu, kami tidak akan sampai ke puncak jika tanpa ibu”.
Siang mengundur diri, kegelapan malam membalut seisi alam. Si ibu berbaring memandang kerdipan bintang sambil berkata “hari ini lebih bermakna berbanding semalam dan aku rasa amat bahagia. Anak-anakku telah belajar unutuk bersabar ketika berdepan dengan kesusahan. Semalam aku telah berikan mereka keberanian dan hari ini aku berikan mereka kekuatan”.
Hari berikutnya, awan gelap menyelubungi alam semesta. Itulah awan kejahatan dan kebencian. Anak-anakku teraba-raba dalam kegelapan malam dan terjelepuk jatuh ke tanah. Si ibu berkata “anak-anakku jadilah orang yang berani. Allah akan sentiasa bersama kamu”.
Anak-anakku mula sedar dan kembali tenang. Kata-kata itu menjadikan mereka terpandu dalam kegelapan. Pada waktu malam, si ibu bermonolog sendirian “ hari ini aku telah tunjukkan mereka jalan yang benar”.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tahun berganti tahun. Si ibu kini semakin dan lemah,anak-anak pula semakin dewasa dan menjadi insanyang mampu berdiri diatas kaki sendiri. Kini tiba masanya si ibu akan kembali ke dunia hakiki yang kekal abadi. Si ibu berkata “ aku telah sampai ke penghujung pengembaraanku. Kini aku sedar penghujung perjalanan ini lebih bermakna bagiku berbanding permulaan. Kini anak-anakku telah kuat,tidak selemah seperti dahulu, mereka mampu berhadapan dengan dugaan hidup dan terbimbing ke jalan yang lurus. Kini aku boleh pergi dengan tenang kerana doa  anak-anakku sentiasa mengiringi dan menemaniku.

No comments:

Post a Comment