Tranformasi, Revolusi atau salah diri sendiri??
Sorong papan tarik papan
Buah keranji didalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tak tahu
Transfomasi!!
Bagaimana diri nak maju kalau pembaharuan pun tak mahu dibuat
Bagaimana diri nak maju kalau diri sendiri pun tak boleh diharap
Bagaimana diri nak maju kalau asyik tunggu kejayaan datang bulat-bulat
Sedangkan anda duduk bersila sambil makan coklat
Usaha pun malas nak buat
Mintak maaf kejayaan bukanya alat
Boleh beli dekat kedai spepat
Sebaliknya pengorbanan harus dibuat
dalam merialisasikan matlamat
Revolusi!!
bagaimana diri nak maju kalau perubahan pun tak mahu diterima
masih nak duduk pada tahap yang lama
masih dibuai mimpi dan diulik lena
sampai bila-bila orang kita tak kemana-mana
pembaharuan tak mahu dibuat
perubahan tak mahu diterima
hanya menyerahkan nasib semata-mata
sedangkan orang lain tengah makan harta kita
bangunlah wahai bangsaku yang merdeka
usahlah dihanyutkan perangkap durjana
pasti kita akan terseksa
jangan makan kata-kata manis mereka
hanya putih dimuka tapi didalam gelap gelita
perjuangan ideologi mereka hanyalah bangsa
sedangkan kita bergaduh berebut tahta
tak kemana-mana pun kita.
No comments:
Post a Comment