Wednesday, May 4, 2011

MELAYARI AKSARA USIA ITU 050504-050511

Syukur dan terima kasih pada-Mu Yaa Allah kerana memberikan aku sebutir permata yang tiada tandingnya. Syukur pada-Mu Yaa Rabbi kerana masih mengekalkan jalinan kasih sayang hambamu ini. Syukur pada-Mu yaa Khalid kerana menciptakan bulan dan matahari menyinari perhubungan ini. Sujud syukur pada-Mu aku sembahkan, Yaa Allah memberikan kebahagiaan yang hakiki, memberikan aku cabaran dalam mengapresiasi waktu yang terluang, mendidik aku menjadi seorang pejuang yang tabah dalam mengharungi layar kehidupan.

Catatan Kasih Buat Kekasih

kekasih
terima kasih
kerna memperkenalkan
erti susah
erti lelah
erti tabah
erti gigih
dalam meleraikan segala masalah




kekasih
terima kasih
kerna memepersembahkan
erti pahit
erti sakit
erti tergigit
dalam menelan jadam kehidupan

kekasih
terima kasih
kerna mengajarku
erti mengapresiasi waktu
erti menghindar jemu
erti menganyam rindu

dalam membina sakinah dan mahmudah
menuju jannah duniawi dan ukhrawi
dalam membina keampuhan diri
demi mampu tegak atas peribadi sendiri.


Perjalanan masih panjang, masih banyak ranjau dan dugaan
hanya kesabaran dapat mengatasi
hanya ketabahan dapat melawani
hanya kelembutan perlu menghiasi dari
percayalah kekerasan lari dengan sendiri.
kini ia datang lagi
bulan dan matahari silih berganti
cinta kita masih bersemi
menganyam kasih sayang
memintal angin kehidupan
menerkap rindu yang datang
usah ragu
janganlah bimbang
jika tersurat aku dan kamu akan disatukan
kemana menghilang akan kembali pulang
bagai burung terbang mengembara
kenegeri orang
akhirnya akan pulang ke sarang
begitu juga sirih akan pulang ke ganggang

jika kita tidak disatukan
janganlah engkau meronta kesedihan
jangalah lawan hukum alam
pertemuan akan berakhir dengan perpisahan
itu tidak dapat dinafikan
lumrah kita seorang insan
yang hanya meminjam.
sebaliknya syukur kau panjatkan
kerana dipertemukan biarpun sekilas pandang
kebahagian dalam perhubungan kita jalinankan
kau simpanlah ia sebagai harta peningalan
tanda kita pernah dipertemukan
kita lakarkan pada seketul batu perhiasan
simpan ia di lubuk paling dalam.
CATATAN BUAT SI DIA >>> aFnIeY

No comments:

Post a Comment