Bolehkah embun berada disisi rumput?
Sedangkan, embun kering
Disinari mentari pagi.
Bolehkah embun mencintai rumput ?
Sedangkan embun hidup sementara dihujung rumput
Begitulah manusia dengan cinta
Tiada yang kekal, cinta antara manusia
Cinta manusia akan pudar mengikut masa
Cinta manusia akan ke neraka
Jika cinta disaluti nafsu semata-mata.
Sukaduka
piluhiba
Gurausenda
Tangistawa
Kenangan sebenarnya untuk kita
Harus kita ingat
kehidupan adalah suatu kenangan yang tiada nilai
tandingnya.
Kehidupan membuatkan kita semakin dewasa
Kehidupan membuatkan kita semakin bersedia
Kehidupan membuatkan kita kenal maha pencipta
Kehidupan membuatkan kita takut membuat dosa
Namun apakan daya
kadang-kadang
Kita terlupa seketika pada pemilik yang berkuasa
Kita manusia tidak lari dari membuat dosa
Lalai dengan kemewahan dunia.
Kesempatan yang ada gunalah ia
Mencari yang maha pencipta
Pemilik alam semesta.
carilah cinta sejati
cinta pada yang Maha Pencipta
Akan kekal abadi selama-lamanya
Membawa ke syurga.
Lakarkan cinta pada yang Maha Esa
Bila Ilmu penuh di dada
Gunalah ia sebarkan agama tercinta
Jangan gentar marabahaya
Janji Allah lindungi hamba-Nya
Kepada mereka yang menegakkan agama-Nya.
Bolehkah embun menemani rumput
Sedangkan ia hilang dikala mentari menjelma?
Sebenar itulah agungnya ciptaan yang Maha Esa
Embun hidup di hujung rumput walaupun seketika
Menggunakan masa yang ada sebaik-baiknya
Kerana pabila tiba masa
Embun akan hilang tanpa diminta.
No comments:
Post a Comment