Sunday, May 1, 2011

ARMADA THE RED WARRIORS PACAK BENDERA DIPUNCAK

Cuti umum minggu ini bertambah bermakna bagi pemain dan penyokong The Red Warriors setelah pasukan Kelantan kini kembali menduduki tahta liga dengan kelebihan jaringan gol meskipun terpaksa berkongsi 33 mata bersama Selangor.

Perlawanan malam tadi dilihat seimbang meskipun Kelantan banyak mengatur serangan, banyak percubaan Kelantan berjaya ditepis dan diselamatkan penjaga gol Norazlan Razali. Khairul Fahmi yang setakat 3 perlawanan ini masih belum dibolosi dilihat begitu cemerlang mengawal gawang gol dari asakan-asakan pemain Kuala Lumpur.
Pada separuh masa pertama pada minit ke 24 Piya berjaya menjaringkan gol pendahuluan sebagai penyuntik semangat kepada pemain lain. Piya yang membawa bola secara solo dengan mengelecek 5 pemain Kuala Lumpur sebelum melepaskan sepakan tepat ke gawang gol telah membuktikan pada semua dia tetap berbisa. Keputusan Kelantan 1-0 Kuala Lumpur kekal.

Separuh masa kedua Kelantan melakukan 3 pertukaran, pertukaran pertama mengeluarkan Ramzul Zahini dan memasukkan Nizad Ayub, Mengeluarkan Rizal Fahmi dan digantikan Farisham dan mengeluarkan Izuan Solahuddin dan digantikan Nurul Azwan Roya. Pertukaran ini mengubah rentak serangan Kelantan lebih berbisa, pada minit ke 79 S Chanturu tidak mensia-siakan hantaran tepat Piya kepadanya apabila berjaya melakukan sungkitan tepat menewaskan penjaga gol Norazlan Razali. Keputusan Kelantan 2-0 Kuala Lumpur kekal sehingga penamat ditiupkan.
Kemenangan ini berjaya membuka lembaran baru saingan Kelantan dalam Liga Super yang berbaki 10 perlawanan lagi. Fokus supaya tidak keciciran mata menjadi percaturan penting Datuk M Karathu.
Tahniah kepada semua pendokong dan penyokong The Red Warriors yang bertungkus lumus memberikan kemenangan ini. Gomo Kelate Gomo......
>> keputusan perlawanan amat mengembirakan semua penyokong the red warriors yang tidak sabar sebenarnya ingin melihat sang kijang kembali mengambil tahta liga super setelah hampir sebulan dipegang selangor yang dahulunya milik kelantan. kini tahta liga bertukar lagi apabila selangor hanya sekadar seri dengan terengganu, ini memberi peluang kepada kelantan kembali menerajui tahta lagi super biarpun hanya dibezakan dengan kelebihan jaringan yang memihak kepada kelantan. ini sebenarnya menyuntik semangat para pemain kelantan yang kembali konsisten di samping mendapat sokongan moral daripada penyokong TRW..minggu depan kelantan akan berkunjung ke johor, diharapkan aksi konsisten yang ditunjukkan para pemain kelantan akan dapat dikekalkan ketika menentang johor pada minggu depan,selepas itu kelantan akan sekali lagi bermain di kota baharu menanti kunjungan kedah yang kini dilatih oleh wan jamak. berkemungkinan perlawanan menentang kedah agak sukar kerana mereka mendapat suntikan semangat baru dari wan jamak, jika dilihat juga kedah kini diambang kebangkitan apabila berjaya menewaskan perak. apa pun kita akan tunggu dan lihat.kelantan mempunyai kelebihan kerana bermain di laman sendiri, diharapkan para pemain dapat menggunakan kelebihan bermain dilaman sendiri dan dibantu oleh ribuan penyokong TRW.............>>>aFnIeY

No comments:

Post a Comment