Friday, April 15, 2011

Ke manakah arah tuju drama dan cerita Melayu di Malaysia???

Assalamualaikum kepada semua..
Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya memberikan saya kesihatan tubuh badan menjalani kehidupan pada hari ini. hari ini, saya ingin membawa anda menyelami satu tajuk yang dekat dengan kehidupan kita iaitu drama-drama Tv di Malaysia. seperti mana anda anda tahu trend yang sering menjadi pilihan drama tv mengisahkan dunia perniagaan,  krisis kekeluargaan, dendam, benci, iri hati, seterusnya bunuh untuk melepaskan dendam.  drama-drama ini mengutarakan realiti kehidupan di bandar besar Kuala Lumpur atau bandar-bandar lain dengan pelbagai kejadian dan adegan dilakonkan. bukankah ini memberi gambaran kepada mereka diluar sana tentang kesusahan, kekejaman hidup dibandar. Paling menonjol drama- drama tv di Malaysia pergolakan dan perebutan kuasa dalam syarikat. selain itu juga, kebanjiran drama dan cerita yang berunsur khurafat seperti cerita-cerita hantu dan kepercayaan kepada bomoh seperti sudah menjadi kegilaan semua pengarah cerita. cerita-cerita seperti Saka, Jentayu, Senjakala mengisahakan penduduk kampung mempercayai tentang kewujudan hantu, ini sebenarnya memberi kesan akidah kepada kanak-kanak yang menonton cerita tersebut. Apakah pengarah sekarang sudah ketandusan idea untuk memilih jalan cerita yang lebih baik, dimana yang boleh membina minda penonton, bukan membawa penonton ke zaman Animisme.
Alam Melayu sebenarnya mengalami period empat zaman iaitu di mulai dengan zaman Animisme, dimana masyarakat melayu pada zaman ini tiada pegangan agama, menyembah unsur-unsur alam seperti matahari, bukit, batu-batu besar, pokok dan lain-lain yang menakjubkan. selepas itu muncur agama mengantikan zaman a]Animisme iaitu zaman Hindu, zaman Hindu bertapak di alam melayu agak lama, sehingga menjadi amalan masyarakat melayu pada masa itu. pada zaman ini juga masyarakat melayu menyembah dewa-dewi yang dianggap tuhan. selepas itu, alam melayu mengalami period yang ketiga, dimana pada masa ini juga merupakan zaman kegemilangan alam melayu, zaman yang ketiga adalah zaman kedatangan Islam ke alam Melayu. pada zaman ini juga muncul tokoh-tokoh dan cendikiawan Islam yang cerdik pandai, pada zaman ini juga ilmu mula berkembang keseluruh kawasan tanpa ada sekatan. zaman ini juga boleh diibaratkan zaman pencerahan di alam melayu, kemajuan dalam pendidikan, persuratan, perubatan, metafizik, ilmu logik dan banyak lagi. Dan zaman yang keempat adalah zaman penjajahan inggeris ke alam melayu, pada masa itu juga inggeris telah mengalami zaman pencerahan dan sektor perindustrian dibarat mula berkembang, oleh yang demikian barat telah keluar menjajah,salah satunya adalah alam melayu. mereka juga menyebarkan agama. zaman ini juga barat cuba menidakkan kemajuan yang telah dibawah islam.
berbalik kepada kisah tadi, maknanya kita sekarang telah balik ke zaman yang mundur,zaman yang percayakan kisah-kisah tahyul dan khurafat. kemanakan arah tuju drama-drama tv di Malaysia dan apakah pemikiran yang ingin disampaikan dengan penayangan cerita-cerita tersebut....

2 comments:

  1. nak komen!..ermm,,,sebab ape?sebab nak untung la,,tak kan nak wat cerita tapi org tak tengok kan??,,yang mana dapat sambutan yang tu lah orang tengok,,,yang tu jugak beri keuntungan,,,heheheh

    ReplyDelete
  2. a ah tol 2 najla...aku sokong 110 %..

    ReplyDelete