Saturday, November 20, 2010

Suatu Lakaran Doa Untuknya...

Ya Allah

terima kasih pada-MU
aku bersyukur pada mu Ya Allah
kerana kau telah menghadirkan teman yang istimewa buatku
jika dia ditetapkan dalam hidupku
dia milikiku
dia temanku
dia pembakar semangatku
dia isteriku...
kau peliharalah dia Ya Allah
kau lindungilah dia Ya Allah
kau limpahkan rahmat padanya Ya Allah
kau taburkanlah wangian kesabaran dalam hatinya Ya Allah
kau lemparkan segunung keimanan dalam jiwanya Ya Allah
kau tunjukkanlah jalan kebenaran kepadanya Ya Allah
kau peliharalah dia dari segala kejahatan
kau peliharalah dia dari segala kemungkaran
kau peliharalah dia dari segala kekejian
kau jagalah dia kerana dia milik-MU...


Ya Allah

satukanlah dari dua hati kami
jadikanlah cinta antara kami cinta yang agung
ikatan cinta yang kemas
cinta yang kekal abadi
dan
cintakan kepada pemilik-NYA...
kurniakanlah kami kebahagiaan
kurniakanlah kami keserasian
kurniakanlah kami kesefahaman
untuk melayari pementasan kehidupan ini...

















No comments:

Post a Comment