Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

CARA-CARA MENGURUSKAN HARTA DAN HUKUMNYA (SURAH AL-BAQARAH)


261. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas kurniaan-Nya, lagi Maha Mengetahui.
262. Orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
263. Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya, Lagi Maha Penyantun.
264. Wahai orang yang beriman!janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekah mu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari ada yang mereka usahakan dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang yang kafir.

Ulasan:
Pengertian menafkahkan hartanya di jalan Allah meliputi: belanja untuk kepentingan jihad, pembangunan perguruan, rumah sakit, usaha penyelidikan ilmiah dan lain-lain.
Mereka tidak mendapat manfaat di dunia dari usaha-usaha mereka  dan tidak pula mendapat pahala di akhirat.
Inilah perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya kerana riak, membangga-bangga pemberiannya kepada orang lain, dan menyakiti hati orang.

Surah Al-Baqarah ayat 261-264


Dari meja penulis;
Saya ada satu cerita yang hendak dikongsi kan bersama anda, kejadian ini berlaku pada tahun lepas, ketika saya berada di restoran makan bersama kawan-kawan. Ada seorang tua yang menjual kerepek, beliau menjaja dari satu meja ke satu meja, ketika sampai di meja remaja tersebut, remaja itu tidak membeli kerepek itu, mungkin dia pun tiada duit, kerana kerepek yang dijual itu agak mahal, walaupun tidak dapat membeli kerepek itu dengan niat menolong menghabiskan kerepek si penjaja itu, dia menghulurkan wang sebanyak RM1@5(lupa) kepada si penjaja itu, mulanya penjaja itu tidak mahu mengambilnya, katanya dia ingin menjual, lalu remaja itu berkata “ambillah saya niat bersedekah”. Penjaja tua itu pun mengambil duit yang dihulurkan remaja itu, lalu si penjaja itu berkata, “betul ke tak mahu ambil kerepak ini?” remaja itu menjawab, “saya tidak mahukan kerepek itu, niat saya ikhlas. kalau pak cik nak beri juga, tolong doakan saya dimurahkan rezeki”. Lalau di tempat awam, di kalangan ramai si tua itu menadah tangan, berdoa semoga remaja itu dimurahkan rezekinya…kalau anda yang saksikan kejadian itu, memang sayu dan sebak. Seruan saya kepada rakan-rakan di luar sana, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal jariah kita, tidak kiralah sumbangan yang anda hulurkan berbentuk apa sekali pun, janji niat anda ikhlas kerana Allah s.w.t. pesan saya, kita tidak mungkin kaya dengan duit RM5, dan kita juga tidak akan miskin dengan pemberian RM5 kepada orang yang memerlukan. Kerana janji Allah, DIA akan menambah rezeki berlipat kali ganda kepada mereka yang memberi secara ikhlas. Dan seharusnya anda tahu dalam rezeki yang kita dapat adanya hak orang lain. Memang duit itu kita yang cari, tapi dalam harta kita itu masih ada hak orang lain.(orang-orang yang memerlukan) jangan kisah lah sangat dengan duit seringgit atau lebih, kita tak kan kaya dengan nilai sebanyak itu, dan kita juga tak kan miskin dengan pemberian nilai sebanyak itu. Semua nya ketentuan Allah, SESUATU PERKARA TIDAK AKAN BERLAKU/TERJADI TANPA IZIN DARINYA. DAN HARUS ANDA TAHU, SESUATU UJIAN YANG DIBERIKANNYA KEPADA KITA ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI..HANYA DIA YANG TAHU KERANA DIA MAHA PEMBERI. sekian