Wahhh..cantiknya permandangan senja di desa, aduh..sedap mata memandang, cahaya samar-samar, kemerahan, sambil mentari turun di kaki bukit sana. tak tersedar sekejap sahaja ianya ada, aku bagaikan tidak puas melihatnya..adakah aku akan dapat melihatnya sekali lagi??rupanya sudah senja kita, tak terasa, rasanya baru seketika berehat di bingkai jendela.ahhh.. cepatnya masa, sehinggakan tidak menunggu aku seketika..Apa khabar tetamu senja? Sihat sejahtera kah kamu semua?” diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat sentiasa. Selamat datang wahai tetamu senja, bersyukurlah kerana kalian diberi peluang untuk menikmati suasana nikmat dunia, suka-duka, tawa gembira. Perjalanan mu masih panjang jika diberi peluang yang panjang, jadi gunakan peluang sepanjang perjalanan ini sepenuhnya, jangan membazirkan nya sesedap rasa, jangan leka wahai tetamu senja, takut nanti pada suatu ketika di umur muda kamu dijemput pulang ke negeri asal mu. Dan tidak lupa juga kepada tetamu senja yang bakal pulang nanti, apakah bekalan yang kalian simpan untuk kegunaan semasa pulang, seharusnya bawalah bekal sebanyak yang mungkin, ambil lah hidangan-hidangan yang ‘tersedia’ di atas muka bumi ini untuk bekalan pulang nanti, kutip lah apa sahaja, dan ambil lah jika ada yang memberinya, kerana pada satu ketika kita mungkin tidak akan dapat merasakan hidangan tersebut di depan harinya... apakah yang saya maksudkan tetamu senja itu? mungkin pada yang telah membaca entry saya yang lepas dapat meneka siapakah tetamu senja itu. Alahai… tetamu senja adalah kita..ya kita lah tetamu senja. Tetamu senja singgah sebentar sahaja, dan itulah kita, hanya sebentar sahaja diberi ruang dan peluang untuk merasai nikmat hidup, sementara menunggu dipanggil pulang..Kenapa kamu tidak percaya ke kita adalah tetamu senja? Bukan kah kita mahu hidup seribu tahun lagi? Itu pun betul juga, walaupun kita tetamu senja tapi, di lubuk hati meminta agar kita dapat hidup seribu tahun lagi.. ahhhh..itu tidak mungkin, tidak mungkin manusia akan hidup selama itu, bukan setakat seribu tahun, seratus tahun pun belum tentu. Ya..memang kita tidak ‘mungkin’ hidup selama itu. Tapi kenapa saya menyatakan hasrat untuk hidup seribu tahun lagi?? Saya akan pastikan saya akan hidup seribu tahun lagi..Insya-Allah, jika diberi kelapangan akal dan kesihatan.
Apa itu?????