“Hampir dua tahun menghabiskan
masa dalam bilik kosong ini, lambat lagikah aku mesti di sini?” Tanya Kamal
kepada dirinya sendiri. “cukup bosan tinggal di bilik tak cukup simen ni, aku
nak bebas macam orang lain, aku tak nak ulangi lagi”. Sambung Kamal dalam benak
hatinya sambil mengusap-gusap kepalanya yang tiada rambut dengan tangan kanan ,
seperti satu penyesalan yang timbul dalam dirinya. Tangannya masih tergantung
di kepala, sambil siku disangkut di atas lutut.
“Apa yang kau lamunkan tu Kamal?”
tanya Din, dengan muka tersenyum anak, seperti dia dapat mengagak apa yang sedang
Kamal lamunkan.
“Tak ada apa lah” tangan kanan yang tergantung di kepalanya tadi
dijatuhkan, sambil mengesok-ngesok punggungnya mencari dinding untuk bersandar.
Dia merapatkan kepalanya ke dinding sementara menarik nafas dalam-dalam lalu
menghelanya perlahan-lahan sambil disaksikan Din yang sedang berlunjur kakinya
di depan Kamal.
“Aku menyesal Din”, kata Kamal
dengan nada suara sedih dan penuh penyesalan. Mukanya perlahan-lahan tunduk
melihat lantai yang beralaskan tikar mengkuang yang sudah usang, matanya yang
layu memandang tajam cebisan tikar yang terkoyak di hadapannya.
Din yang sedang berehat memalingkan
mukanya mengadap Kamal yang telah separuh abad dimakan usia, “dulu masa kau
buat kau tak fikir menyesal, bila dah meringkuk macam ni baru nak menyesal.
Nasi dah jadi bubur Kamal”. Ujar Din
seperti ingin menghancurkan lagi hati Kamal yang telah berkecai, sambil
membetulkan kedudukannya di atas katil yang diperbuat daripada simen.
“Kita berdua senasib kamal”
jelas Din yang masih membetulkan kedudukan, mungkin lenguh lama di atas katil
yang tak ada span dan spring. Dia menarik kakinya yang berlunjur tadi, sambil
dilipatnya bersila, sambil belakangnya disandarkan ke dinding batu.
“Aku ingat lagi masa
dulu-dulu, masa aku baru keluar pusat latihan, dengan bangganya aku, memegang
autoriti, segala kuasa ada pada aku, aku tak takutkan sesiapa, malah aku yang
menakutkan orang. Orang semua hormat pada aku Kamal”. Jelas Din seperti ingin membuka kisah
silamnya sebelum meringkuk dalam bilik jeriji, Din mengemaskan silaannya,
sambil memandang Kamal yang sedang bersandar pada dinding sebelah kiri bilik.
Betul- betul mengadapnya. Din menyambung ceritanya yang disangkutkan tadi.
“Masa aku mula-mula dapat
tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti, bangganya aku, pada masa itu aku
bayangkan lepas keluar dari universiti mesti aku akan dapat kerja yang baik,
dapat pegang pangkat tinggi, dapat arah orang. Malah aku boleh meneruskan
cita-cita aku yang diidamkan selama ini. Kedua orang tua aku sangat gembira,
bangga, dengan aku. Mana tak nya, aku merupakan anak tunggal yang dapat
melanjutkan pelajaran ke menara gading, adik-beradik aku yang lain hanya sampai
SPM je. Malah, aku diletakkan harapan oleh mak ayah aku, harapan tempat
keluarga bergantung”. Cerita Din lagi mengenai kisah hidupnya.
“Semasa di universiti aku
belajar sungguh-sungguh, semua subjek aku skor A, dapat keputusan (CGPA) tinggi, dapat pulak
Anugerah Dekan. Masih aku ingat lagi masa tu tahun 2000. Aku dapat tawaran
sambung pengajian pada tahun 1999, tamat pada tahun 2001. Tiga tahun aku di
IPTA, bukan senang nak habiskan tiga tahun tu, bukan senang nak dapatkan
segulung ijazah, menangis air mata darah pun belum tentu dapat, kalau tak ada
usaha. Ramai kawan-kawan aku yang sangkut, tak sempat habiskan pelajaran. Gagal
diberhentikan”. Jelas Din kepada kamal yang tekun mendengar kisah silamnya.
Kamal masih lagi di dinding, sambil mengaru-garu lehernya, mata bulatnya meliar
melihat tandas mini yang tersorok oleh tebing simen yang dibina paras lutut sebelah
kiri hujung bilik, seperti bosan mendengar cerita Din sebentar tadi.
“Tapi sayang kan?, belajar
tinggi-tinggi, di sini juga aku sampai, di sini aku tinggal”, jelas Din dengan
suara seribu penyesalan, mukanya mendongak ke atas, dua anak matanya
memerhatikan atap simen bilik itu, mulutnya yang mencebikkan sedikit seperti
menahan kesedihan. Di dalam anak matanya tergambar penyesalan.
“Apa yang kau buat?”, soal Kamal.
Muka Din yang mendongak tadi
turun sedikit, lalu memalingkan wajah sesalnya kepada Kamal yang sedang menanti
jawapan.
“Aku terima “hadiah”, dah
orang bagi aku ambil lah, lagi pun gaji aku tak besar sangat. Hidup di bandar
besar macam ni kenalah ligat dan cepat”. Jawab Din singkat.
“Banyak ke?” soal Kamal lagi.
“RM 3000 sebulan, jaga rumah
pelacuran” jawab Din, melarikan anak matanya daripada dipandang Kamal.
“Kau apa cerita?”, soal pendek
Din. Mukanya kembali memandang Kamal sambil memperbetulkan kedudukannya
menunggu jawapan dari kamal.
Kamal yang sedang bersandar di
dinding tadi mula membetulkan uratnya, panjang mendengar kisah Din tadi
mungkin. Lalu kaki yang berlunjur tadi perlahan-lahan ditarik, mengangkat
punggungnya bingkas bangun. Dia mengatur tapak pergi ke jeriji pintu besi.
Nafas di tarik sedalamnya, dada yang mengembang semakin mengecil, nafas
dihembus perlahan-lahan. Sambil Din yang masih setia menanti jawapan daripada Kamal
yang berat untuk menceritakan.
Telinga Kamal mula terdengar
hukuman yang dijatuhi kepadanya. Masih terngiang-ngiang kata-kata pak hakim
yang menjatuhkan hukuman kepadanya.
“Kamal bin Arifin, anda
didapati bersalah menerima suapan bernilai RM10,000 daripada seorang kontraktor
iaitu Chong Kin Yap, bertarikh 12 Januari 2002, untuk meluluskan tender
pembersihan bandar Seri Damai. Kesalahan
dilakukan di tempat parking kereta Kondominium Sri Hijau, Batu Pahat, Johor, Bagi
kesalahan ini, anda didakwa mengikut Seksyen 11(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997
yang membawa hukuman penjara tidak lebih daripada 20 tahun dan denda lima kali
ganda nilai suapan atau RM50,000”.
Mahkamah menjatuhkan hukuman 3 tahun penjara.
Din masih menunggu penjelasan
daripada Kamal. Matanya tajam memerhatikan gerak-geri Kamal yang tegap berdiri
di pintu jeriji dengan tangan kanan dan kiri memegang batang jeriji yang kehitaman
itu. Tangannya meraba-raba di celah kain batik lepas yang tergumpal di sisinya,
seperti mencari sesuatu.
“Tak usah kau kenang benda
yang lepas”, sindir Din kepada Kamal. Tangannya tadi yang meraba-raba
mengeluarkan sekeping kertas kosong, sekecil telapak tangan.
Kamal yang berdiri tegap tadi
memalingkan badannya mengadap Din yang sedang menggulung kertas yang
dipegangnya tadi. Perlahan-lahan Kamal bergerak merapati Din yang sedang
bersila di atas katilnya.
“Mana kau dapat ni?” soal Kamal
baru melabuhkan punggung sebelah Din.
“Aku kirim tengah hari tadi”
sahut Din, sambil mengeluarkan tembakau dalam poket seluar pendeknya.
“Dia pun sama macam kita”.
Sambung Din lagi.
Din yang baru siap menggulung
tembakaunya, melunjurkan kaki ke bawah lantai, turun dari katil berjalan menuju
ke tandas mini.
“Sifat manusia tak pernah
cukup dan bersyukur apa yang ada, nak jugak dicarinya lagi”. Cakap Kamal lagi.
“Kalau tak kena, tak kan rasa
bersalah”. Balas Din.
“Dulu aku dah kira senanglah,
jadi penolong pengarah majlis daerah Seri Damai. Gaji pun boleh tahan, tapi
sebab aku tamak sangat semuanya melepas. Kerja dah kena gantung, tak tahulah
apa yang dimakan oleh anak bini aku kat rumah”. Sambung Kamal lagi dengan muka
yang agak sungul. Sambil terbayangkan tiga anak perempuan yang masih
bersekolah.
“Ikut hati mati, ikut rasa
binasa”, kata Din yang sedang duduk bertenggek dalam tandas mini, asap
berkepul-kepul di ruang udara dalam bilik mereka.
“Teringat masa zaman dekat
universiti dulu, sama lah macam kau, belajar tak kira masa, tak ada masa nak
main macam orang lain. Masuk universiti dengan harapan dapat kerja yang
berpangkat, sekurang-kurangnya jadi cikgu. Aku ni merupakan “best student” masa kat Fakulti
Kejuruteraan dulu. Aku bergradut dengan memegang ijazah kelas pertama. Masa
konvokesyen bangganya aku dapat duduk di barisan depan, bangganya mak ayah aku,
penat lelah mereka bekerja menanggung aku masa pengajian terbalas dengan aku
memegang ijazah kelas pertama. Betul kata kau, bukan senang nak pegang segulung
ijazah ni, kena ada pengorbanan sama ada masa, tenaga, dan wang ringgit”. Kata
Kamal kepada Din yang baru sahaja selesai menyambung nyawanya.
“Hmmm.. tau takpa”. Sambung Din
yang sedang berjalan mendekati Kamal di atas katil kerasnya.
Kamal beralih sedikit, memberi
laluan kepada Din duduk di sebelahnya.
“Orang tua kau dulu orang
berada ke?” tanya Din yang baru
melabuhkan punggung di sebelah Kamal. Tangannya di angkat dan disangkutkan di
atas bahu Kamal tanda perhubungan yang baru sahaja terjalin yang sangat erat.
Soalan yang ditanya oleh Din
seolah-olah menyentuh perasaan Kamal yang terduduk ketika itu. Seolah-olah Kamal
melakukan sesuatu yang salah terhadap kedua orang tuanya. Terpampang wajah
sedih Kamal apabila soalan itu diajukan.
“Tak lah, orang tua aku orang
kampung biasa je, kerja pun petani”. Jawab Kamal tanpa segan memberitahu
usulnya.
“Sekarang mereka dah tak ada,
meninggal selepas aku dapat kerja dua tahun. Ayah aku dulu yang meninggal, dua
bulan kemudian, ibu aku pula. Tak sempat aku nak melihat arwah ibu aku kali
yang terakhir, pada masa itu aku ‘out
station’ , kena bertugas di Perlis. Aku sampai di kampung, arwah telah pun
dikebumikan”. Jelas Kamal dengan perasaan sebak.
“Sekurang-kurangnya aku dapat
membalas budi orang tua aku walaupun bukan sepenuhnya”. Sambung Kamal lagi.
Wajah ibu dan ayahnya tiba-tiba terpapar pada
matanya yang layu. Terbayang seribu garis pada wajah arwah. Wujud kerinduan
yang amat jelas terhadap kedua orang tuanya itu.
“Aku rindukan anak isteri aku
Din” jelas Kamal dalam keadaan sebak, menunduk ke bawah. Seolah-olah dapat
merasakan kerinduan isteri dan anak-anak kepadanya.
“Aku menyesal apa yang telah
aku buat, aku kianati harapan kedua orang tua aku, aku kianati anak dan isteri
aku, aku kianati negara aku. Aku malu berdepan dengan masyarakat”. Jelas Kamal
lagi sambil menitiskan air mata seribu sesalan yang terpampang pada wajah
lelaki yang telah menjangkau usia 50-an
itu.
“Aku juga sama Mal, aku
bersekongkol dengan manusia-manusia yang menjual bangsa aku, aku seperti
menjual anak gadis bangsa aku sendiri”.
“Aku pentingkan diri, aku
bangga dengan autoriti yang aku ada, aku salah guna kuasa yang aku pikul selama
ini”. Sambung Din lagi.
“Belajar pandai sampai
berjaya, dapat pegang pangkat tinggi, kita lupa semakin tinggi kuasa yang kita
pegang, semakin banyak dugaan yang perlu kita hadapi, kalau kita belum bersedia
untuk menempuhinya, kita akan tewas pada kuasa yang ada”. Jelas Kamal yang
berada di sisi Din sungul kesedihan.
#cerpen ini disiarkan di Akhbar Warta Perdana pada 12.5.2012
Tahniah, teruskan usaha. Semoga berjaya.
ReplyDelete