Saya nak kongsikan kisah cinta yang saya nampak di
Universiti Malaya, korang nak tahu cinta bagaimana?? Jom ikut kisah yang akan
saya ceritakan ini..
Rasanya baharu sahaja menjadi warga Universiti Malaya, bukan
sebagai seorang pelajar, tapi seorang pekerja. Tapi jiwa seorang pelajar masih
segar lagi dalam diri saya. Bila melihat adik-adik di universiti disini
berjalan bersama-sama menuju ke kelas, tiba-tiba teringat kisah saya ketika
bergelar seorang pelajar suatu ketika. Banyak kenangan saya dan kawan-kawan
yang terukir, sangat indah dan akan saya simpan sampai bila-bila..
Ketika lirik mata sayup menikmati kemerduan angin sambil
memerhatikan gemersik bisikan dedaunan yang menyanyi ketika dibuai angin
petang, kebingitan suasana cafe membuatkan fikiran seringkali terganggu.
Tiba-tiba mata mencuri sedikit ruang memerhatikan sepasang
pasangan yang mungkin bercinta atau sudah mengikat cintanya, berjalan menuju ke
suatu kawasan.
“mungkin ke kelas agaknya pasangan ini”, bisik hati
aku,sambil menunggu pelangan datang.
“Bang!! Ais krim satu” tersentak dengan jeritan dari seorang
siswi yang mahukn ais krim..
Namun mata aku masih terpaku kepada mereka, hati masih
memikirkan mereka yang kelihatan sayup jauh ke hadapan. Selesai menyiapkan ais
krim aku terus ke bangku. Namun fikiran aku masih lagi kepada mereka,tak tahu
kenapa, hati rasa sayu je bila melihat mereka, bukan satu pasangan yang aku
lihat tapi banyak Lagi pasangan-pasangan yang aku temui.
Aku selut kepada mereka, walaupun bergelar orang kurang
upaya, Namun masih lagi meneruskan ibadah, iaitu belajar kerana Allah s.w.t.
Allahuakbar, ya Allah selamatkanlah mereka, permudahkan urusan mereka,
permurahkan rezeki mereka. Bisik hatiku sambil mengenangkan diri, yang Allah
berikan kesempurnaan, sihat tubuh badan, namun masih ramai yang Allah
memberikan cubaan dengan kekurangan anggota badan, namun masih gagah mencari
Allah.
Mereka saling bergantungan antara satu sama lain, bahagianya
mereka ketika bersama, tidak nampak wajah penyelesaian atau kekecewaan tentang
apa yang Allah berikan kepada mereka..
Itulah cinta yang aku nak sampaikan kepada
pembaca..kadang-kadang cinta si buta lebih baik daripada yang celik. Kerna si
celik tidak pernah menghargai pemberian tuhan mereka, dan tidak pernah merasai apa
itu kekurangan, tanpa mereka sedar itu hanyalah pinjaman,bukan kekal. Bila-bila
masa sahaja boleh diambil.
No comments:
Post a Comment