Friday, September 7, 2012

SEDANG BERFIKIR TENTANGNYA

Assalamualaikum semua..
Rasanya tidak terlambat untuk diri ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat..

Pada kesempatan ini juga pemilik blog mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan yang ke-55 negara Malaysia..


Apa yang anda faham  tentang hari raya?
Apa yang anda faham sorokan merdeka?
kepada kita..
 Sesungguhnya pemergian bulan penuh rahmat, Ramadhan Al-Mubarak memberi kesan kepada kita..mungkinkah kita akan berjumpa lagi dengan bulan yang penuh dengan pengertian dan keistimewaan kepada kita semua itu, atau ini merupakan kali terakhir kita bersua dengannya. hanya Allah sahaja yang mengetahui..semoga kita semua diberi kesihatan yang berpanjangan dan di labuhkan usia untuk sama-sama kita menggunakan masa yang ada untuk bersujud, bertasbih, bertafakur, dan mengabdikan diri kepada-Nya. sesungguhnya tugas sebagai hamba adalah menjalankan segala perintah dan meninggalkan larangan.

Kedatangan bulan Ogos amat dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia khususnya, Ogos bukan sekadar bukan biasa, ia penuh dengan pegertian jika ditelusuri maksudnya. sorakan merdeka!!merdeka!!merdeka!! bergema seluruh ceruk negeri. semua golongan, tidak kira usia berhimpun bersama-sama menantikan detik 12 malam 31 Ogos bagi menyuarakan sorakan merdeka, tetapi apakah yang kita faham tentang kemerdekaan, cukupkah sekadar sorakan sahaja? ramai yang tidak mahu ketinggalan berhimpun beramai-ramai menatikan detik 31 Ogos, tapi berapa ramaikah di antara kita tahu maksudnya, boleh memahami maksud perjuagan menuntut kemerdekaan. ramai yang tidak sedar, kerana mereka tidak pernah disajikan dengan perkara-perkara yang pernah berlaku suatu ketika dahulu, khususnya golongan muda-mudi.
tepuk dada, tanya selera...

No comments:

Post a Comment