Mengapa manusia suka mengumpat dan memfitnah? Pemikir- pemikir Islam seperti Miskawayh (m.1030) dan Al-Tusi (m.1274) berpendapat bahawa semua manusia mempunyai kelemahan dan keaiban sendiri. Tidak akan ada seorang pun manusia perfect@ sempurna. Mengumpat dan menfitnah/mengaibkan orang lain, merupakan jalan keluar terbaik bagi manusia menutupi keaiban diri sendiri dengan cara membuka keaiban orang. Selain itu mengumpat juga sering dilakukan untuk mendapatkan tempat, pengaruh, atau kedudukan yang baik dalam sesebuah pertubuhan/perhubungan komuniti dengan cara menjatuhkan reputasi orang lain atau lawan.
Menurut Imam Al-Ghazali antara faktor utama sebab mengumpat atau memfitnah orang adalah dendam, marah, takbur, angkuh, sikap bermegah-megah dengan kelebihan yang dimiliki/kepandaian yang dimiliki, perasaan hasad dengki, sikap suka mempertontonkan kejayaan diri kepada orang lain terutama aspek ilmu, kealiman, kewarakan, kekayaan dan sebagainya. Menurut beliau lagi kesemua punca tersebut merupakan penyakit-penyakit hati manusia yang bukan sahaja boleh membinasakan diri mereka sendiri, tetapi sekali gus boleh menggugat kekuatan/perhubungan orang lain. ummat…orang yang mengumpat atau memfitnah orang lain kerana dengki akan ditimpa musibah yang berat, yang bersifat duniawi dan ukhrawi…
Menurut beliau lagi mengumpat merupakan penyakit mulut yang sangat berat dosanya sehingga dikatakan lebih berat daripada tiga puluh kali PERBUATAN ZINA. (hadis daripada Jabir dan Abi Sa’id) manakala memfitnah pula lebih bahaya dan berat dosanya . kalau mengumpat lebih dahsyat daripada zina, maka memfitnah pula lebih serius lagi daripada jenayah membunuh(dalam Al-Quran 2:217)..nampak???..memang dahsyat pun…tambah-tambah yang mengumpat itu adalah lelaki, saya pernah terbaca kesannya kepada golongan lelaki yang suka mengumpat tapi lupa.apa pun, tidak kira lelaki atau perempuan, mengumpat dan memfitnah merupakan suatu yang mendatangkan dosa.
(sumber rujukan : PEMIKIR 2002)
No comments:
Post a Comment