Wednesday, March 7, 2012

ISLAM DALAM MEDIA BARAT

Gambaran tentang islam dalam media barat selalunya bukanlah menyenangkan. islam selamanya diasosiasikan dengan tanggapan negatif berkaitan dengan "ekstremisme", "fundamentalisme", "fanatisme", dan "terorisme". jika diperhatikan tanggapan-tanggapan seperti ini sebenarnya untuk melemahkan islam, dan menampakkan kejahatan islam yang diwarwarkan/ dimomokkan oleh media barat khususnya. persepsi tersebut telah mencapai satu tahap yang sangat buruk sehingga mewujudkan ketakutan dan pandangan prejudis terhadap islam dan penganutnya. media barat lebih menoljolkan "kejahatan islam", seperti gerakan ekstremis islam dan bukan kepada nilai-nilai positif yang terdapat dalam islam. banyak peristiwa yang berlaku dimana telah menyebabkan agama islam itu sendiri disalah anggap, sehinggakan dilebalkan agama teroris. seharusnya agama islam tidak dilihat sedemikian rupa, islam bukan sekadar agama kepercayaan semata-mata. kejayaan islam masa lalu yang bermula daripada agama ilmu dan nilai-nilai luhur hingga mencapai suatu kemajuan/kejayaan ketamadunan sepatutnya membuka luas dimensi sejarah silam yang gemilang. pemahaman yang sebenarnya terhadap agama islam sanagat penting untuk membantu kefahaman budaya dan tamadun islam yang lebih bermakna, terutama dalam suasanan sosial, budaya dan politik yang bersifat heterogeneous.
Espesito dalam ukunya islam and asia, telah menggambarkan dengan jelas peranan meluas yang dimainkan oleh islam dalam kehidupan masyarakat umum. peristiwa-peristiwa yang berlaku di Bosnia, Kashmir, Chechnya dan di tempat-tempat laindi asia tengah serta peristiwa-peristiwa genting terkini yang berlaku di Afghanistan dan Palestin telah memberikan kita perspektif baru tentang apakan yang sebenarnya terjadi, sehinggakan berlakunya pembunuhan dan penyeksaan yang terus-menerus dibenarkan berlaku oleh "dunia bertamadun". deminsi baru ini telah memberikan kita pengertian tentang islam dan umat islam diperlakukan oleh sesetengah "kuasa" tanpa memperdulikan peruntukan hak asasi manusia dan keadilan..
menyedari rantau asia merupakan kancah pertemuan bagi kebanyakan tradisi agung dunia, islam telah memainkan peranan yang terpenting dalam pembinaan persefahaman budaya yang berbeza. seperti yang telah disebutkan oleh Espesito, "perkembangan islam di asia telah mewujudkan masyarakat berpengetahuan islam yang rencam dan pelbagai...".
mengapakan islam dikecam hebat oleh barat??mengapa tidak kepada agama-agama lain?seperti ajaran Buddha, agama Hindu, dan lain-lain agama termasuk ajaran-ajaran yang diamalkan dinegara maju asia seperti jepun, korea dan sebagainya? sengaja saya timbulkan persoalan ini untuk kita sama-sama merungkai. dan mengapakan israel sangat mengangkat bangsanya??sehingga menyatakan bahawa bangsa mereka, bangsa yang istimewa daripada bangsa-bangsa lain termasuklah islam?mengapakan bangsa yahudi merupakan bangsa pelarian??sehingga menumpang di bumi palestin. kenapa? jawapannya perlu kita cari dan kalau lah yang terbaca entry saya kali ini mempunyai ilmu yang dalam mengenai bangsa ibri, israel dan yahudi, silakan kongsi bersama- sama..peace no war!!



sumber rujukan PEMIKIR 2002: 81
tulisan Prof Madya Dr Sidek Baba

Sejarah Agama Yahudi : terbitan Al-Hidayah House Of Publishers 2012
Muhammad Khalifah Hasan Ahmad

No comments:

Post a Comment