Saturday, March 3, 2012

BERJALAN MENGEJAR BULAN


BERJALAN MENGEJAR  BULAN...

Kaki tak terhayun, letih memanipulasi badan, tak terangkat kaki ku untuk berjalan lagi, dimanakah kau bulan, lama ku tunggu tak pernah datang. Berilah peluang untuk aku menatap mu wahai sang bulan. Beri kan lah aku ruang untuk meluahkan perasaan. Hari demi hari aku tunggu mu tidak pernah kunjung datang, adakah kau tak sudi berjumpa dengan aku lagi?. Beradu sebentar di kaki jalan, sambil mendongak ke atas melihat awan berjalan. Senangnya hati melihat makhluk ciptaan Tuhan. Namun bulan masih menyembunyikan wajahnya..apakah kau sudah hilang? Kembalilah pulang. Ramai yang masih menunggu mu di sini, bukan aku berseorangan. Aku ingin kan bulan penuh, cantik bila dipandang, manis bila ku ulang. Ya..memang aku salah, aku telah melepaskan kau dahulu, tapi bukan aku sengajakan, aku leka dengan permainan dunia, aku tewas di pentas percubaan. Namun,  Sekarang aku sudah dewasa, aku sudah sedar. Kembalilah kepada aku seperti waktu dahulu. Aku memerlukan mu, untuk menempuh perjalanan yang masih tidak tentu, kalau lah kau di sisi ku, berbahagialah aku.

Dari mula bersekolah sampailah ke saat ini, seperti sudah berputus asa untuk menerimanya lagi, tapi untuk segulung ijazah aku tempuh nya jua. Di manakah kau wahai kejayaan? Dah lama aku tunggu, tapi tidak pernah datang, mungkin kah selepas aku memiliki ijazah nanti? Wahai kejayaan berilah aku peluang untuk bertemu dengan mu, aku pasti tidak akan melepaskan mu di kau di genggaman aku. Dari sekolah rendah, sambung lagi ke sekolah menengah, lanjut lagi ke tingkatan enam, seterusnya ke universiti, lama aku mengejar kau wahai kejayaan. Jika aku terlepas kali ini, rugilah aku. Ataupun mungkin bukan masanya aku lagi untuk berjaya? Aduh.. berehat sebentar, melihat kawan-kawan yang telah berjaya, senang nya mereka, suka nya mereka. Tapi aku? Masih lagi mencari..mungkin kah kejayaan itu bukan milik aku? Ahhh..tidakkkk..kerana bukan aku seorang sahaja menginginkan kau wahai kejayaan, masih ramai lagi sedang mengejar kau! Ya..aku inginkan kejayaan yang betul-betul kejayaan, bukan kejayaan cap ayam. Sekali dapat kejayaan rasa seronoknya kerana aku dapat menggenggamnya, kalau lah dapat kali kedua, manisnya kenangan..ahhh..satu pun tak dapat lagi dah mimpi nak dua! Apalah salahnya menanam cita-cita, tidak salah kan? Yang lepas tu lepaskan lah, mungkin kejayaan itu bukan milik aku lagi, bukan masanya untuk aku..mungkin!! aku lalai dengan keseronokan dan meninggalkan  kejayaan di belakang. Itu semua dah lepas, jodoh dengan kejayaan bukan milik aku lagi masa itu,  sekarang aku dengan bidang yang baru, sesuai dengan aku, dan aku perlukan kejayaan untuk membuktikan kepada semua, setiap insan tidak mungkin memiliki satu sahaja pilihan yang terbaik, jika terlepas, mungkin kerana bukan jodoh kita, namun yang di dalam tangan jangan sampai terlepas.

No comments:

Post a Comment